Satu Kejayaan di Thailand: Seminar Pendidikan Forex XM

Disiarkn di 24/03/2020 12:04 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Antara 22 Februari dan 14 Mac, XM telah meneruskan seminar pendidikan forex percuma di Thailand, menjangkau Surat Thani dan Phitsanulok.

Ia merupakan satu keseronokan untuk bertemu dengan tetamu acara kami di setiap bandar dan mengetahui bahawa pendidikan forex yang kami tawarkan semakin dialu-alukan oleh ramai pelabur atas talian yang menyertai seminar XM secara kerap.

Topik yang disampaikan oleh pakar pendidikan forex Sompop Jittrakul sekali lagi memikat perhatian peserta acara, lebih-lebih lagi ianya meneroka cara untuk mengenal pasti peluang dagangan dengan menggunakan indikator teknikal yang tertentu.

Oleh sebab itu, indikator volatiliti, momentum dan aliran merupakan agenda yang telah dibentangkan oleh penceramah utama kami secara terperinci bersama-sama dengan teknik dagangan yang berbeza yang boleh digunakan dengan berjaya untuk menguruskan risiko pada setiap masa.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah menghadiri seminar percuma kami dan memandangkan kami akan meneruskan perjalanan kami ke lebih banyak bandar di Thailand, kami percaya bahawa kami membawakan pendidikan profesional lebih dekat kepada sejumlah besar pelabur atas talian yang masih baru dengan forex.