Mengenai kami

Lebih

1,500,000

akaun dibuka, di 196 buah negara.

Lebih

1,400,000,000

urus niaga tanpa sebarang penolakan.

Lebih

120

buah bandar dikunjungi untuk bertemu dengan pelanggan dan rakan niaga.

BIG. FAIR. HUMAN.

Berdagang Forex dengan XM. Broker Anda yang Amanah dan Profesional.

Teguh, Mantap dan Berpengalaman

Dengan lebih daripada 1,500,000 pelanggan sejak ditubuhkan pada 2009, XM Group telah membesar sebagai sebuah firma pelaburan antarabangsa yang besar dan kukuh serta menjadi peneraju utama industri.

XM mempunyai ibu pejabat di City of London dan setakat ini mempunyai lebih daripada 300 pekerja professional yang berpengalaman luas dalam industri kewangan.

Pengalaman yang luas serta khidmat sokongan pelanggan melebihi 30 jenis bahasa, menjadikan XM sebagai broker pilihan utama di kalangan pedagang di seluruh dunia. Kami juga mempunyai kepakaran serta sumber bagi membantu mereka yang memerlukan dalam mencapai matlamat pelaburan.

  • Lebih 1,500,000 pelanggan dari 196 buah negara
  • Pedagang dari 196 negara
  • 25+ kaedah pembayaran
  • 16 platform dagangan
  • Sokongan bahasa melebihi 30 jenis bahasa
  • Khidmat sokongan pelanggan 24/5

Individu Syarikat

Pihak pengurusan kami telah menjelajah lebih 120 buah bandar bagi berhubung dengan pelanggan dan rakan niaga di seluruh dunia, kerana kami percaya pada nilai perhubungan secara peribadi.

Kami telah menganjurkan ratusan seminar di seluruh dunia untuk mendidik para pedagang, membolehkan mereka membuat keputusan dagangan yang lebih baik. Selama ini, pedagang telah menggunakan XM kerana pendekatan yang menyegarkan dan terbaik bagi khidmat pelanggan dan sokongan. Disebabkan itu, XM menikmati pengekalan pelanggan yang tinggi.

Mengapa Pilih XM?

Platform dagangan canggih serta kedudukan dagangan XM yang fleksible disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan. Kepakaran kami adalah berdasarkan pengalaman yang luas dalam pasaran kewangan global. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan dari segi dagangan matawang, CFD, indeks ekuiti, logam berharga, dan tenaga.

Falsafah operasi kami sangat mudah. Kami memastikan pelanggan berpuas hati untuk mendapatkan kesetiaan mereka. Reputasi kami berkait rapat dengan kredibiliti yang terbentuk dari kemampuan kami untuk menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan-pelanggan kami. Dengan memantau trend industri dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi, kami bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan. Kami sesekali tidak akan berkompromi dalam aspek yang boleh menjejaskan prestasi pelanggan dan disebabkan itu kami memberikan pelaksanaan terbaik dan spread yang kecil kepada para pelanggan.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.