XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.

Jenis Akaun Dagangan

Jenis Akaun Dagangan XM CY

Akaun Ultra Low Micro

  • Pilihan mata wang asas
  • EUR, USD, GBP
  • Saiz Kontrak
  • 1 Lot = 1,000
  • Spread pada semua utama
  • Serendah 0.6 Pip
  • Komisen
  • Pesanan buka/belum selesai maksimum setiap pelanggan
  • 300 Posisi
  • Volum dagangan minimum
  • 0.1 Lot
  • Had lot setiap tiket
  • 100 Lot
  • Akaun Islam
  • Opsyenal
  • Deposit Minimum
  • $5

Akaun Ultra Low Standard

  • Pilihan mata wang asas
  • EUR, USD, GBP
  • Saiz Kontrak
  • 1 Lot = 100,000
  • Spread pada semua utama
  • Serendah 0.6 Pip
  • Komisen
  • Pesanan buka/belum selesai maksimum setiap pelanggan
  • 300 Posisi
  • Volum dagangan minimum
  • 0.01 Lot
  • Had lot setiap tiket
  • 50 Lot
  • Akaun Islam
  • Opsyenal
  • Deposit Minimum
  • $5

Akaun XM Zero

  • Pilihan mata wang asas
  • USD, EUR, JPY
  • Saiz Kontrak
  • 1 Lot = 100,000
  • Spread pada semua utama
  • Serendah 0 Pip
  • Komisen
  • Pesanan buka/belum selesai maksimum setiap pelanggan
  • 200 Posisi
  • Volum dagangan minimum
  • 0.01 Lot
  • Had lot setiap tiket
  • 50 Lot
  • Akaun Islam
  • Opsyenal
  • Deposit Minimum
  • $5

Angka di atas adalah untuk tujuan rujukan sahaja. XM sedia memberikan cadangan akaun forex mengikut keperluan setiap pelanggan. Jika mata wang deposit bukan dalam USD, jumlah yang dinyatakan perlu ditukar kepada mata wang deposit.

Memandangkan anda pedagang baru forex, maka akaun demo adalah pilihan tepat bagi menguji potensi dagangan anda. Ia membolehkan anda berdagang wang maya, tanpa sebarang risiko, kerana keuntungan dan kerugian anda adalah palsu. Sebaik sahaja anda menguji strategi dagangan, mempelajari gerak pasaran dan cara membuat perintah, anda boleh membuka akaun untuk dagangan sebenar.

Kembangkan semua|Runtuhkan semua

Apakah itu Akaun Dagangan Forex?

Akaun forex XM adalah akaun dagangan yang anda miliki dan ianya berfungsi sama seperti akaun bank cuma ia dibuat untuk tujuan dagangan mata wang.

Kami menawarkan beberapa jenis akaun dagangan forex, seperti: Ultra Low Micro, Ultra Low Standard, dan XM Zero. Sila rujuk jadual di atas.

Sila ambil perhatian bahawa dagangan forex (atau mata wang) disediakan pada semua Platform XM.

Secara keseluruhannya, akaun dagangan forex anda memberikan

  • 1. Akses kepada Ruang Keahlian XM
  • 2. Akses kepada platform yang sepadan

Seperti di bank, apabila anda mendaftar akaun dagangan forex di XM untuk kali pertama, anda perlu melalui proses KYC (Kenali Pelanggan Anda) yang membolehkan XM memastikan maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat dan memastikan keselamatan dana dan maklumat akaun anda.

Dengan membuka akaun forex, anda akan menerima emel secara automatik untuk maklumat log masuk yang akan memberikan anda akses kepada Ruang Keahlian XM.

Ruang Keahlian XM adalah tempat anda menguruskan semua fungsi akaun anda, termasuk mendeposit atau mengeluarkan dana, melihat dan menuntut promosi unik, melihat status kesetiaan, melihat posisi dagangan yang dibuka, menukar leveraj, mendapatkan sokongan, dan mengakses alat dagangan yang ditawarkan oleh XM.

Tawaran di dalam Ruang Keahlian pelanggan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dengan fungsi yang lebih baik dan memberikan pelanggan kami lebih fleksibiliti untuk melakukan sebarang perubahan atau tambahan pada akaun mereka pada bila-bila masa tanpa memerlukan bantuan dari pengurus akaun.

Maklumat log masuk akaun dagangan juga berfungsi pada platform dagangan yang sepadan dengan jenis akaun di mana anda akan melakukan dagangan. Sebarang deposit/pengeluaran atau lain-lain perubahan tetapan yang dilakukan di Ruang Keahlian XM akan berlaku pada platform dagangan anda yang sepadan.

Apakah itu Akaun Dagangan Multi-Aset?

Akaun dagangan multi-aset XM ialah akaun yang berfungsi sama seperti akaun bank anda cuma ia dibuat untuk tujuan dagangan mata wang, CFD indeks saham, CFD saham serta CFD untuk logam dan tenaga.

Kami menawarkan beberapa jenis akaun dagangan multi-aset, seperti: Ultra Low Micro, Ultra Low Standard dan XM Zero. Sila rujuk jadual di atas.

Sila ambil perhatian bahawa dagangan multi-aset hanya disediakan untuk akaun MT5 yang turut memberikan akses kepada WebTrader XM.

Secara keseluruhannya, akaun dagangan multi-aset anda memberikan

  • 1. Akses kepada Ruang Keahlian XM
  • 2. Akses kepada platform yang sepadan
  • 3. Akses kepada WebTrader XM

Seperti di bank, apabila anda mendaftar akaun dagangan multi-aset di XM untuk kali pertama, anda perlu melalui proses KYC (Kenali Pelanggan Anda) yang membolehkan XM memastikan maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat dan memastikan keselamatan dana dan maklumat akaun anda. Sekiranya anda sudah memiliki Akaun XM yang lain, anda tidak perlu melalui proses KYC semula kerana sistem kami akan mengenalpasti butiran anda secara automatik.

Dengan membuka akaun dagangan, anda akan menerima emel secara automatik untuk maklumat log masuk yang akan memberikan anda akses kepada Ruang Keahlian XM.

Ruang Keahlian XM adalah tempat anda menguruskan semua fungsi akaun anda, termasuk mendeposit atau mengeluarkan dana, melihat dan menuntut promosi unik, melihat status kesetiaan, melihat posisi dagangan yang dibuka, menukar leveraj, mendapatkan sokongan, dan mengakses alat dagangan yang ditawarkan oleh XM.

Tawaran di dalam Ruang Keahlian pelanggan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dengan fungsi yang lebih baik dan memberikan pelanggan kami lebih fleksibiliti untuk melakukan sebarang perubahan atau tambahan pada akaun mereka pada bila-bila masa tanpa memerlukan bantuan dari pengurus akaun.

Maklumat log masuk akaun dagangan multi-aset anda juga berfungsi pada platform dagangan yang sepadan dengan jenis akaun di mana anda akan melakukan dagangan. Sebarang deposit/pengeluaran atau lain-lain perubahan tetapan yang dilakukan di Ruang Keahlian XM akan berlaku pada platform dagangan anda yang sepadan.

Siapa yang Patut Memilih MT4?

MT4 ialah platform dagangan yang wujud sebelum MT5. Di XM, platform MT4 menyediakan dagangan untuk mata wang, CFD indeks saham dan juga CFD untuk emas dan minyak tetapi ia tidak menawarkan dagangan untuk CFD saham. Pelanggan yang tidak mahu membuka akaun dagangan MT5 boleh terus menggunakan akaun MT4 dan mereka boleh membuka akaun tambahan MT5 pada bila-bila masa.

Anda boleh mengakses ke platform MT4 melalui beberapa jenis akaun dagangan, seperti: Ultra Low Micro, Ultra Low Standard dan XM Zero. Sila rujuk jadual di atas.

Siapa yang Patut Memilih MT5?

Pelanggan yang memilih platform MT5 mempunyai akses kepada banyak instrumen bermula dari mata wang, CFD indeks saham, CFD emas dan minyak serta CFD saham.

Maklumat log masuk MT5 anda juga memberikan akses kepada WebTrader XM sebagai tambahan kepada MT5 desktop (boleh muat turun) dan aplikasi yang disediakan.

Anda boleh mengakses ke platform MT5 melalui beberapa jenis akaun dagangan, seperti: Ultra Low Micro, Ultra Low Standard dan XM Zero. Sila rujuk jadual di atas.

Apakah Perbezaan Utama di Antara Akaun Dagangan MT4 dan MT5?

Perbezaan utama adalah MT4 tidak menawarkan dagangan untuk CFD saham.

Bolehkah Saya Memiliki Lebih dari Satu Akaun Dagangan?

Ya, boleh. Pelanggan XM boleh memiliki sehingga 8 akaun dagangan pilihan mereka.

Bagaimana untuk Mengurus Akaun Dagangan Anda?

Deposit, pengeluaran atau lain-lain fungsi berkait dengan akaun dagangan boleh dilakukan di Ruang Keahlian XM.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.