Berita syarikat

post-image

Malam yang Sukar untuk Dilupakan: Ulang Tahun Ke-7 Gala XM di Kuala Lumpur

Disiarkn di 25/11/2019 12:58 GMT

Pada 16 November yang lalu, XM telah menganjurkan gala perdana tahunannya di ibu negara Malaysia sempena meraikan tujuh tahun berturut-turut kejayaan kewujudan perniagaan di Malaysia. Bagi memperingati ulang tahun ke-7 bersama pelanggan yang kami hormati sambutan berlangsung dalam suasana penuh keharmonian di Shangri-La Kuala Lumpur merupakan kunci kepada acara ini. Sambutan gala ini dibawakan untuk berhubung semula denga para pelanggan kami, berkongsi momen yang sukar untuk dilupakan dan yang paling penting, menyatakan penghargaan kami atas kesetiaan tidak berbelah bagi mereka [..]

post-image

Tiga Tahun Misi Amal XM di Uganda

Disiarkn di 22/11/2019 12:38 GMT

Pada tahun 2017, XM telah memulakan misi amal dalam skala yang besar dengan tujuan menderma dana dan membantu komuniti setempat melalui bantuan kemanusiaan di daerah Wakiso, Uganda. Dalam usaha bersama untuk meringankan beban kanak-kanak yang kurang mampu dan membantu keluarga mereka, XM telah menjalinkan kerjasama dengan Pastor Antonios Mutyaba, paderi tempatan yang berdedikasi untuk membentuk masa depan masyarakatnya serta organisasi kebajikan Loving Hands. Tahun demi tahun, XM telah mengharungi beberapa misi ke Wakiso untuk melakukan sumbangan, mengeratkan hubungan dengan masyarakat [..]

post-image

Lebih Banyak Seminar Forex Berjaya di Thailand

Disiarkn di 19/11/2019 13:01 GMT

Pada bulan Oktober dan November, lebih banyak seminar dagangan forex telah berjaya dilaksanakan di pelbagai tempat di Thailand dengan menawarkan peluang yang ditunggu oleh pelabur tempatan untuk memperoleh manfaat daripada pendidikan profesional dan meningkatkan kemahiran dagangan mereka. Antara bandar-bandar yang telah kami kunjungi kali ini adalah Hat Yai pada 26 Oktober, diikuti oleh Chiang Rai pada 2 November dan Ubon Ratchathani pada 16 November. Di setiap lokasi acara, seminar kami yang bertajuk Berdagang dengan Ichimoku Kinko Hyo dan Avramis River [..]

post-image

Ulang Tahun Ke-6 Gala Perdana XM – Malam yang Penuh Gemilang di Jakarta

Disiarkn di 18/11/2019 13:19 GMT

Meraikan peristiwa penting syarikat kami bersama para pelanggan kami menjadikan acara ini lebih istimewa. Pada 9 November yang lalu, kami berbesar hati untuk meraikan kewujudan XM di Indonesia pada ulang tahun ke-6 bersama-sama dengan sejumlah besar pelanggan kami yang mentakzimkan kami dengan kehadiran mereka pada makan malam gala XM. Majlis makan malam gala yang bertemakan pakaian separa rasmi berlangsung di Hotel Crowne Plaza Jakarta di ibu negara Indonesia dan didedikasikan untuk menghargai jalinan utuh yang telah kami bangunkan dengan para [..]

post-image

Pendidikan Forex XM Menjangkau Tanzania, Ghana dan Ivory Coast

Disiarkn di 13/11/2019 09:48 GMT

Semasa jelajah seminar forex yang baru bermula di seluruh benua Afrika, XM telah menjangkau ke tiga negara lagi pada 19 Oktober – 9 November, iaitu Tanzania, Ghana dan Ivory Coast untuk menawarkan kehadiran secara percuma kepada para pedagang runcit tempatan yang berminat untuk membangunkan kemahiran pelaburan forex mereka dengan pendidikan bertaraf tinggi. Antara lokasi yang kami pilih untuk seminar kami yang bertajuk Indikator Teknikal, Pengayun dan Candlestick Japanese adalah Dar es Salaam, Accra dan Abidjan, di mana kami tawarkan kepada [..]

post-image

XM Berkunjung ke Tunis dengan Seminar Analisis Teknikal Forex

Disiarkn di 05/11/2019 08:28 GMT

Pada 26 Oktober yang lalu, wakil syarikat kami yang berdedikasi telah kembali ke Afrika Utara untuk mengalu-alukan pelanggan baru dan sedia ada XM ke acara pendidikan yang dikhususkan untuk analisis teknikal dalam dagangan atas talian. Kami berbesar hati kerana berpeluang merasai layanan istimewa oleh penduduk tempatan di Tunis dan bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk memberikan peluang kepada para pelabur tempatan untuk menghadiri seminar forex percuma yang disampaikan oleh Instruktor Analisis Teknikal Tradepedia LLC, Nizar Chaibi. Dianjurkan di premis [..]

post-image

XM Mengambil Bahagian dalam Pameran Dagangan Investing Roma Itali

Disiarkn di 04/11/2019 12:11 GMT

XM telah mengambil bahagian dalam pameran kewangan yang dianjurkan di Itali beberapa kali pada tahun ini dan yang terbaru adalah Investing Roma, yang berlangsung pada 4 Oktober yang lalu. Ini merupakan kali pertama XM menghadiri Investing Roma, yang telah mengalu-alukan kedatangan sejumlah besar peserta pameran dan pengunjung acara di premis Centro Congressi Roma dan kami sangat teruja untuk bertemu semula dengan para pelanggan kami secara peribadi serta memperkenalkan bakal pelanggan kami dengan rangkaian perkhidmatan syarikat kami. Sebagai salah satu pameran [..]

post-image

Notifikasi Penting – Cuti Bank November

Disiarkn di 31/10/2019 08:22 GMT

Kami ingin memaklumkan anda oleh kerana beberapa hari cuti umum yang akan berlangsung pada bulan November, waktu dagangan untuk beberapa instrumen akan terjejas antara 1 – 29 November 2019. Sila rujuk jadual di bawah untuk melihat instrumen yang bakal terjejas: [..]

post-image

XM Menyambut Pedagang ke Seminar Forex di Panama dan Peru

Disiarkn di 30/10/2019 08:50 GMT

Dua lokasi seminar forex terbaru yang XM kunjungi dengan mengalu-alukan kehadiran pelanggan dari Amerika Latin adalah Kota Panama pada 12 Oktober dan Lima pada 19 Oktober. Bagaimana mencari instrumen yang berada dalam aliran yang kuat untuk melabur? Bagaimana untuk mencari tahap sokongan dan rintangan dengan mudah? Bagaimana untuk mengenal pasti kunci titik perubahan sebelum membuat keputusan dalam pelaburan? Ini adalah antara soalan-soalan utama yang diketengahkan oleh instruktor forex kami, Felipe Erazo ketika menyampaikan taklimatnya di setiap bandar yang kami kunjungi. [..]

post-image

Temui XM pada Acara Kewangan di Portugal dan Sepanyol

Disiarkn di 29/10/2019 13:13 GMT

Mewujudkan peluang untuk bertemu dengan pelanggan kami secara peribadi, tidak kira di mana sahaja dan mengambil bahagian secara aktif dalam mana-mana acara yang kami boleh membina rangkaian dengan individu yang mempunyai minat dalam pelaburan atas talian merupakan asas teras kami di XM. Sukacitanya ingin diumumkan bahawa antara 5 – 30 November 2019, XM akan menghadiri sebanyak empat acara di Eropah, yang setiapnya khusus untuk membawa pelabur individu lebih dekat dengan dunia kewangan dan aktiviti pelaburan atas talian. Mendidik lebih ramai [..]

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.