Dagangan BTCUSD (Bitcoin / US Dollar) di MT5 XM

Di XM kami menawarkan BTCUSD (Bitcoin / US Dollar) sebagai CFD tunai pada platform MT5. CFD tunai kami adalah transaksi tak bertarikh yang bertujuan untuk mereplika harga tunai instrumen pendasar, jadi ia diselaraskan untuk faedah.

Buka Demo Akaun
Buka Akaun MT5

Amaran Risiko: Dagangan FX dan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi

Tentang dagangan BTCUSD (Bitcoin / US Dollar)

BTCUSD (Bitcoin / US Dollar) merupakan mata wang digital yang paling popular. Bitcoin ialah mata wang crypto (juga dikenali sebagai aset digital) yang telah dicipta pada tahun 2009. Tidak seperti sistem perbankan berpusat, bitcoin menggunakan kawalan tidak berpusat hasil dari teknologi peer-to-peer yang membolehkan ia beroperasi tanpa bank atau kuasa pusat. Komponen utama bitcoin adalah blockchain yang berfungsi sebagai lejar awam untuk semua transaksi.

Soalan Lazim

Adakah saya memerlukan dompet bitcoin untuk berdagang bitcoin di XM

Tidak. Apabila anda berdagang bitcoin di XM, anda secara dasarnya membuat spekulasi pergerakan harga bitcoin melalui dagangan CFD bitcoin anda. Anda tidak perlu memiliki mana-mana bitcoin dan oleh itu anda tidak memerlukan sebarang dompet bitcoin.

Bolehkah saya menjual bitcoin di XM?

Ya. Anda boleh membeli atau menjual BTC/USD atau lain-lain instrumen berkaitan BTC yang mungkin disediakan pada masa hadapan.

Pada waktu bilakah bitcoin boleh didagangkan?

Bitcoin boleh didagangkan pada waktu dagangan biasa, 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Untuk melihat maklumat penuh tentang waktu dagangan, klik sini.

Bolehkah saya berdagang bitcoin pada platform MT4 dan MT5?

Dagangan bitcoin hanya disediakan untuk platform XM MT5 sahaja. Platform XM MT5 membolehkan anda berdagang mata wang crypto, forex, CFD saham, minyak dan emas dari 1 akaun dagangan. Satu akaun MT5 akan memberikan anda akses kepada semua jenis platform XM MT5 termasuk Windows, MT5 WebTrader dan aplikasi untuk peranti Android dan iOS.

Kondisi Perdagangan

Margin yang Diperlukan 20 %
Spread serendah 12
Simbol BTCUSD
Penerangan Bitcoin vs US Dollar
Perubahan Harga Minimum 0.00100
Nilai Turun Naik Harga Minimum USD 0.001
Nilai 1 lot 1 Bitcoin
Saiz Dagangan Min./Max. 0.1/10
Nilai Swap dalam Margin Mata Wang Belian -5.66
Nilai Swap dalam Margin Mata Wang Jualan -5.29
Tahap Had dan Henti** 0.1
Had Jumlah Dagangan (setiap akaun)*** 20
Waktu dagangan (waktu pelayan) 00:00-00:00 (GMT +3)
** Hanya jika Tahap Margin melebihi 100%

*** Jumlah dagangan maksimum BTCUSD untuk setiap pelanggan adalah 20 lot. Had ini akan disemak secara harian dan akan dikemas kini mengikut nilai bitcoin.

Sekiranya anda ingin berdagang lebih daripada 20 lot, sila hantarkan permohonan melalui emel kepada pengurus akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa, sekiranya anda dibenarkan untuk berdagang melebihi had yang ditunjukkan di atas (nilai akan ditentukan pada waktu tersebut), margin anda akan ditetapkan kepada 100%.

Bagaimana untuk Mula Berdagang BTCUSD (Bitcoin / US Dollar)?

Langkah 1

Buka satu Akaun Nyata XM


Langkah 2

Muat turun dan log masuk ke platform MT5


Langkah 3

Klik dua kali pada BTCUSD (Bitcoin / US Dollar) daripada “Market Watch” untuk buka satu perintah dari instrumen ini.

Polisi Cookie: XM.COM menggunakan cookie, dan terus menggunakan laman web ini bermakna anda bersetuju dengannya. Untuk maklumat lanjut sila baca Pendedahan Cookie.