Kejayaan Seminar Forex Eksklusif XM di Bangkok Mei ini

Disiarkn di 14/05/2019 08:08 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Mei ini, XM telah menganjurkan satu seminar forex eksklusif di ibu negara Thailand, Bangkok di mana kami berpeluang mengalu-alukan kehadiran sejumlah besar pelabur atas talian yang mempunyai minat yang mendalam untuk belajar daripada profesional.

Seminar pendidikan yang diadakan di The Athenee Hotel pada 11 Mei membawakan instruktor forex Feungtot Paitivetwanakit sebagai penceramah utama yang telah menyampaikan topik yang bertajuk Pengenalan kepada Dagangan Carta Candlestick.

Seminar yang dinanti-nantikan ini dianjurkan untuk memenuhi keperluan pelabur atas talian yang masih baru dalam dagangan forex atau pedagang yang masih tercari-cari sumber pendidikan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan pelaburan mereka. Ramai pelanggan baru dan sedia ada XM telah menyertai seminar tersebut yang memberikan mereka dengan tepat apa yang mereka harapkan: jelas dan ringkas bagi mengikuti panduan penggunaan carta Japanese candlestick untuk mengenal pasti titik perubahan pasaran, meramal pergerakan harga jangka masa pendek dan membuat keputusan dagangan yang lebih tepat apabila melabur dalam forex atau instrumen kewangan yang lain.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir ke seminar ini dan kami juga ingin menjemput semua orang yang telah terlepas seminar ini untuk mendaftar ke seminar pendidikan yang akan datang di Thailand.

Untuk maklumat lanjut bagi mengikuti seminar kami yang akan datang, sila klik sini.