6 Kelas Aset - 16 Platform Dagangan - Lebih 1000 Instrumen
Ya, perlu. Untuk memulakan dagangan dan melakukan pengeluaran dari akaun anda, akaun tersebut hendaklah disahkan, oleh itu anda mesti menyediakan bil utiliti terkini (seperti elektrik, gas, air, telefon, minyak, internet dan/atau sambungan kabel TV) atau penyata akaun bank yang tidak melebihi 6 bulan, dan mengesahkan alamat berdaftar anda.
Sebagai sebuah syarikat terkawal, kami beroperasi selaras dengan beberapa isu yang berkait dengan pematuhan dan prosedur yang dikenakan oleh pihak penguatkuasa utama kami, CySEC. Prosedur ini melibatkan pengumpulan dokumentasi yang mencukupi daripada pelanggan-pelanggan kami berhubung dengan KYC (Kenali Pelanggan Anda), termasuk kad ID yang sah dan bil utiliti atau penyata akaun bank terkini (dalam masa 6 bulan) yang mengesahkan alamat berdaftar pelanggan.
Tidak, akaun baru anda akan disahkan secara automatik, selagi anda menggunakan maklumat peribadi yang sama dengan akaun sebelum ini.
Jika anda ingin mengemaskini alamat emel anda, sila hantar satu emel ke validations@xm.com dari emel berdaftar anda.
Sekiranya anda ingin mengemas kini alamat tempat tinggal anda, sila hantarkan emel kepada validations@xm.com dari alamat emel berdaftar anda dan muat naik Bukti Alamat Kediaman (tidak lebih dari 6 bulan) yang mengesahkan alamat anda di Ruang Keahlian .
Ianya mudah dan pantas. Klik Buka Satu Akaun Nyata, lengkapkan borang dan setelah siap anda akan menerima satu emel dengan butiran log masuk yang anda boleh gunakan untuk log masuk ke Ruang Keahlian. Di sini anda boleh membiayai akaun dagangan dengan mengklik pada tab Deposit di menu utama. Sekiranya anda pemilik Akaun Nyata XM anda boleh membuka akaun tambahan di Ruang Keahlian.
Sekiranya anda mengisi semua maklumat dengan betul, ia hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
Sekiranya anda telah membuka satu akaun dagangan, menerima butiran log masuk melalui emel, menghantar dokumen pengenalan diri untuk pengesahan akaun dan melakukan deposit; langkah seterusnya adalah muat turun platform dagangan pilihan anda.
Anda boleh mendapatkan panduan terperinci untuk platform dagangan di sini.
Kami menawarkan jenis akaun dagangan seperti berikut:
MICRO: 1 lot micro ialah 1,000 unit dari mata wang asas
STANDARD: 1 lot standard ialah 100,000 unit dari mata wang asas
ZERO: 1 lot standard ialah 100,000 unit dari mata wang asas
Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.
Pertama sekali, anda perlu membersihkan cache dan kuki pelayar anda. Untuk menghubungkan akaun dagangan XM anda kepada rakan niaga affiliate/pecadang perniagaan, anda perlu membuka satu akaun dengan klik pada pautan unik daripada rakan niaga affiliate/pencadang perniagaan yang berkenaan dan secara automatik akan membawa anda ke borang pendaftaran akaun XM.
Sekiranya anda mempunyai akaun dagangan XM tetapi anda ingin menghubungkannya kepada rakan niaga affiliate/pencadang perniagaan, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang sama: klik pada pautan unik daripada rakan niaga affiliate/pencadang perniagaan yang berkenaan, yang akan membawa anda ke XM, di mana anda perlu log masuk ke dalam Ruang Keahlian XM dan buka akaun dagangan tambahan XM. Untuk memastikan bahawa akaun dagangan anda yang baru dibuka berada di bawah rakan niaga affiliate/pencadang perniagaan yang anda mahu dihubungkan, sila hubungi affiliate anda secara langsung dengan memberikannya nombor akaun dagangan anda.
Ianya $5 untuk akaun MICRO dan STANDARD, manakala untuk akaun ZERO adalah $100.
Kami menawarkan akaun dagangan MICRO, di mana 1 lot micro (pip) bersamaan dengan 10 sen USD. Walaubagaimanapun, deposit anda sentiasa ditunjukkan dalam jumlah sebenar, sebagai contoh jika anda membuat deposit sebanyak USD 100, baki akaun dagangan anda akan menajdi USD 100.
XM menawarkan akaun MICRO dan STANDARD. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan saiz dagangan lot mini (10000 unit) dengan mengurangkan jumlah akaun standard kepada 0,1 (0,1 x 100000 unit=10000 unit), atau meningkatkan jumlah dagangan kepada 10 lot micro (10 x 1000 unit=10000 unit) untuk jenis akaun micro.
XM menawarkan akaun MICRO dan STANDARD, tetapi anda boleh mendapatkan saiz dagangan lot nano (100 unit) dengan mengurangkan jumlah dagangan kepada 0,1 untuk jenis akaun micro (1 lot micro=1000 unit).
Ya. Anda boleh memohon akaun Islamik tanpa swap dengan mengikut arahan yang dinyatakan di sini.
Tidak, kami tidak menawarkannya.
Di XM akaun demo tidak mempunyai tamat tempoh jadi anda boleh menggunakannya selama mana yang anda mahu. Akaun demo yang tidak aktif selama 90 hari dari log masuk terakhir akan ditutup. Walaubagaimanapun, anda boleh membuka akaun demo baru pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian hanya maksimum 5 akaun demo aktif yang dibenarkan.
Tidak, anda tidak akan kehilangan lebih daripada jumlah yang anda deposit. Sekiranya gelinciran mana-mana pasangan mata wang menyebabkan baki negatif, ia akan ditetapkan semula secara automatik pada deposit anda yang seterusnya.
XM dikendalikan oleh Trading Point of Financial Instruments Ltd, yang memastikan keselamatan dana pelanggan dan perlindungan pengguna di bawah Markets in Financial Instruments Directive (MiFID). Oleh itu, langkah-langkah yang diambil oleh XM adalah seperti berikut:
Dana pelanggan dipindahkan ke akaun bank pelanggan milik Syarikat yang berasingan. Dana ini adalah di luar daripada baki dan tidak boleh digunakan untuk membayar pemiutang sekiranya berlaku insolvensi terhadap syarikat.
Kami mengekalkan akaun bank pelanggan dan operasi dengan institusi perbankan EU yang bereputasi tinggi.
Dana Pampasan Pelabur memastikan Syarikat membayar pampasan kepada semua pelanggan sekiranya syarikat menjadi insolven atau perlu menggantung perkhidmatannya. Jumlah pampasan bergantung kepada tahap semasa tuntutan pelanggan.
Sebagai pembekal perkhidmatan kewangan yang dikawal selia, kami diwajibkan untuk memenuhi keperluan kewangan yang ketat, termasuk penyerahan laporan kewangan bulanan kepada badan utama pengawalseliaan kami, iaitu Suruhanjaya Pertukaran dan Sekuriti Cyprus (CySEC). Oleh itu, kami dikehendaki undang-undang untuk mengekalkan modal yang mencukupi untuk menanggung deposit pelanggan, turun naik dalam posisi mata wang Syarikat dan sebarang kos yang terlibat. Pengawal selia kami turut dimaklumkan tentang apa-apa kekurangan dalam audit terperinci yang dikemukakan oleh juruaudit dalaman bebas pada setiap tahun.
Sila klik-kanan pada mana-mana simbol yang anda ingin lihat di Market Watch dan pilih Chart Window. Selain itu, anda boleh seret dan lepas mana-mana simbol dalam tetingkap carta.
Kami menawarkan spread berubah-ubah yang boleh menjadi serendah 0 pip. Kami tidak mempunyai sebut semula: pelanggan kami terus diberi harga pasaran yang diterima oleh sistem kami. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai spread dan syarat-syarat di sini.
Ya.
Kami menyediakan leverage di antara 1:1 – 888:1. Leverage bergantung kepada ekuiti, sila baca maklumat lanjut di sini.
Margin adalah jumlah yang diperlukan dalam mata wang asas akaun dagangan yang diperlukan untuk membuka atau mengekalkan posisi. Dalam dagangan forex, Margin yang Diperlukan/Digunakan untuk kedudukan tertentu = Bilangan Lot * Saiz Kontrak / Leverage. Hasil dikira dalam mata wang pertama pada padanan mata wang, kemudian ditukarkan dalam mata wang asas akaun dagangan, yang akan dipaparkan secara bernombor pada MT4, atau platform dagangan yang lain.
Margin yang diperlukan bagi emas dan perak dikira seperti berikut: Lot * Saiz Kontrak * Harga Pasaran / Leverage. Hasilnya dalam USD, yang akan ditukar ke dalam mata wang asas akaun dagangan anda (sekiranya selain daripada USD).
Untuk CFD, margin yang diperlukan ialah Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin. Hasilnya dalam USD, yang akan ditukarkan ke dalam mata wang asas akaun dagangan anda (sekiranya ia adalah selain daripada USD). Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.
Tahap margin dikira dengan formula Ekuiti/Margin * 100%
Margin bebas adalah ekuiti tolak margin. Ia bermaksud dana tersedia yang anda gunakan untuk membuka posisi baru, atau untuk mengekalkan posisi sedia ada.
Formula pengiraan margin untuk instrumen forex adalah seperti berikut:
(Lot * saiz kontrak / leverage) di mana hasilnya sentiasa dalam mata wang pertama sesuatu simbol.
Untuk akaun STANDARD, semua instrumen forex mempunyai saiz kontrak 100 000 unit. Untuk akaun MICRO, semua instrumen forex mempunyai saiz kontrak 1 000 unit.
Sebagai contoh, jika mata wang asas akaun dagangan ialah USD, leverage ialah 1:30 dan anda berdagang 1 lot EURUSD, margin akan dikira seperti berikut:
(1 * 100 000/30) = 3,333 Euro
Euro adalah mata wang pertama dalam simbol EURUSD, dan disebabkan akaun anda dalam USD, sistem secara automatik akan menukar 3,333 EURO kepada USD pada kadar semasa.
Formula margin emas/perak ialah lot * saiz kontrak * harga pasaran/leverage.
Formula margin CFD ialah Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.
Anda boleh membaca tentang caj swap di sini.
Formula swap untuk semua instrumen forex, termasuk emas dan perak, adalah seperti berikut:
lot * posisi belian atau jualan * saiz poin
Berikut adalah contoh untuk EUR/USD:
Mata wang asas pelanggan adalah USD
Belian 1 lot EUR/USD
Long = -3.68
Memandangkan ini adalah posisi belian, sistem akan menggunakan kadar swap untuk posisi long, yang ketika ini adalah -3.68
Saiz poin = saiz kontrak simbol * turun naik harga minimum
Saiz poin EUR/USD = 100 000 * 0.00001 = 1
Jika kita masukkan nombor yang diberi ke dalam formula, ia akan menjadi 1 * (-3.68) * 1 = -3.68 USD.
Jadi untuk belian 1 lot EUR/USD, jika posisi dibiarkan semalaman, pengiraan swap untuk pelanggan adalah -3.68 USD.
Berikut adalah contoh untuk emas:
Mata wang asas pelanggan adalah USD
Belian 1 lot emas
Long = -2.17
Memandangkan ini adalah posisi belian, sistem akan mengambil poin long, yang ketika ini adalah -2.17.
Saiz poin = saiz kontrak simbol * turun naik harga minimum
Saiz poin emas = 100 * 0.01 = 1
Jika kita masukkan nombor yang diberi ke dalam formula, ia akan menjadi 1 * (-2.17) * 1 = -2.17 USD.
Jadi untuk belian 1 lot emas, jika posisi dibiarkan semalaman, pengiraan swap untuk pelanggan adalah -2.17 USD.
Sila ambil perhatian bahawa jika mata wang asas akaun dagangan adalah dalam EUR, pengiraan swap akan ditukar dari USD kepada EUR. Hasil pengiraan swap sentiasa dalam mata wang kedua dalam satu-satu simbol, dan sistem akan menukarkan kepada mata wang asas akaun dagangan
Contoh yang diberikan hanya sebagai panduan dan tidak menunjukkan caj semasa. Klik sini untuk melihat caj swap semasa.
Anda boleh mengira keuntungan menggunakan formula berikut:
(Harga tutup-harga buka)*Saiz kontrak*Lot
Contoh
Anda mempunyai akaun MICRO (saiz kontrak 1000), dan anda membuka 0.01 lot EUR/USD.
Harga buka =1.29887, harga tutup=1.29906
Pengiraan adalah seperti berikut:
(1.29906-1.29887)*1000*0.01= 0.0019 USD (hasilnya sentiasa dalam mata wang kedua dari pasangan mata wang).
Seperti yang anda lihat, 0.0019 USD adalah keuntungan yang sangat kecil untuk dilihat pada platform, kerana keuntungan ditunjukkan dalam 2 titik perpuluhan.
Ya.
Henti rugi ialah pesanan untuk menutup posisi yang dibuka sebelum ini pada harga yang kurang menguntungkan buat pelanggan berbanding harga sewaktu henti rugi diletakkan. Henti rugi adalah poin had yang anda tetapkan untuk pesanan anda. Apabila poin had ini tercapai, pesanan anda akan ditutup. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu meletakkan jarak tertentu dari harga pasaran semasa apabila anda menetapkan pesanan henti/had. Untuk maklumat lanjut mengenai jarak dalam poin untuk setiap pasangan mata wang, sila lihat tahap had dan henti di sini.
Menggunakan henti kerugian adalah berguna jika anda mahu meminimumkan kerugian anda apabila pasaran tidak menyebelahi anda. Poin henti kerugian sentiasa ditetapkan di bawah harga BID semasa untuk BUY atau di atas harga ASK semasa untuk SELL.
Anda juga boleh melihat tutorial video untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Ambil untung adalah pesanan untuk menutup posisi yang dibuka sebelum ini pada harga yang lebih menguntungkan buat pelanggan berbanding harga sewaktu ambil untung diletakkan. Apabila ambil untung tercapai, pesanan akan ditutup. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu meletakkan jarak tertentu dari harga pasaran semasa apabila anda menetapkan pesanan henti/had. Untuk maklumat lanjut mengenai jarak dalam poin untuk setiap pasangan mata wang, sila lihat tahap had dan henti di sini.
Poin Ambil Keuntungan sentiasa ditetapkan di bawah harga ASK semasa untuk SELL atau di atas harga BID semasa untuk BUY.
Anda juga boleh melihat tutorial video untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Trailing stop ialah sejenis pesanan stop loss. Ianya ditetapkan pada tahap peratusan sama ada di bawah harga pasaran untuk posisi LONG, atau di atas harga pasaran untuk posisi SHORT. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu meletakkan jarak tertentu dari harga pasaran semasa apabila anda menetapkan pesanan henti/had. Untuk maklumat lanjut mengenai jarak dalam poin untuk setiap pasangan matawang, sila lihat tahap had dan henti di sini.
Lihat tutorial video untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Fungsi close by pada platform MT4 dan MT5 membolehkan anda menutup dua posisi berlawanan secara serentak di instrumen kewangan yang sama dan penjimatan pada satu spread. Pesanan belian perlu ditutup bersama dengan pesanan jualan dan pesanan jualan perlu ditutup bersama dengan pesanan belian.
Multiple close by membolehkan anda untuk menutup lebih daripada satu posisi berlawanan di dalam satu masa. Sekiranya anda mempunyai dua pesanan berlawanan, anda boleh menggunakan salah satu pesanan untuk menutup pesanan yang lain dan oleh sebab itu anda memperolehi perbezaan bersih bagi keuntungan dan kerugian.
Anda boleh mengakses isyarat dagangan kami di bahagian Isyarat Dagangan di Ruang Keahlian. Untuk muat turun isyarat dagangan, anda perlu memiliki akaun dagangan yang telah disahkan.
Jumlah Mata Wang Asas*Pip= Nilai dalam Mata Wang Sebutan
Nilai 1 pip dalam EUR/USD= 1 Lot (100 000 €)*0.0001= 10 USD
Nilai 1 pip dalam USD/CHF= 1 Lot (100 000 $)*0.0001=10 CHF
Nilai 1 pip dalam EUR/JPY=1 Lot (100 000 €)*0.01= 1000 JPY
Nombor di bawah adalah untuk setiap transaksi, dan anda boleh membuka tanpa had.
Akaun STANDARD:
1 lot = 100,000
Jumlah dagangan minimum = 0.01
Jumlah dagangan maksimum = 50
Senggang dagangan = 0.01
Akaun MICRO:
1 Lot = 1,000
Jumlah dagangan minimum = 0.01
Jumlah dagangan maksimum = 100
Senggang dagangan = 0.01
Sila ambil perhatian bahawa saiz lot minimum untuk dagangan CFD ialah 1 lot.
Ya, ia dibenarkan. Anda bebas untuk melindung nilai posisi di dalam akaun dagangan anda. Perlindungan nilai berlaku apabila anda membuka posisi LONG dan SHORT untuk instrumen yang sama secara serentak. Apabila anda membuka posisi BUY dan SELL pada instrumen yang sama dengan saiz lot yang sama, margin yang dikenakan adalah 0.
Walaubagaimanapun, apabila anda membuka posisi BUY dan SELL untuk CFD dari jenis dan lot yang sama, margin hanya diperlukan sekali sahaja dan ianya boleh dilihat di sini.
Margin untuk CFD, apabila anda melakukan perlindungan nilai, sentiasa 50%.
Leverage adalah pendaraban baki anda. Ini membolehkan anda membuka posisi dagangan yang lebih besar kerana margin yang diperlukan akan diturunkan mengikut leverage yang anda pilih. Walaupun penggunaan leverage boleh membuat keuntungan yang lebih besar, terdapat juga risiko untuk kerugian yang lebih besar kerana posisi yang anda buka (saiz lot) akan menjadi lebih besar.
Contoh:
Baki akaun anda ialah 100 EUR
Leveraj akaun anda berdasarkan instrumen yang anda ingin dagangkan ialah 30:1
Ini bermaksud untuk modal dagangan anda ialah 30 * 100 EUR = 3,000 EUR untuk didagangkan (bukan 100 EUR).
Anda boleh menukar leverage melalui tab Akaun Saya, dan klik pada Tukar Leverage di Ruang Keahlian. Cara ini akan menukar leverage dengan serta merta.
Pengiraan keuntungan adalah seperti berikut:
(Harga Tutup-Harga Buka)*Lot*Saiz Kontrak
Saiz lot untuk setiap CFD berbeza. Sila baca maklumat lanjut di sini.
Semua dana pelanggan kami disimpan dalam akaun berasingan di Eropah dengan institusi perbankan tier 1.
Gelinciran jarang berlaku jika anda berdagang dengan kami. Walaubagaimanapun, pada sesetengah waktu terutamanya apabila berita ekonomi penting dikeluarkan, disebabkan oleh kenaikan/kejatuhan harga pasaran yang mendadak, pesanan anda mungkin dilaksanakan pada kadar yang berbeza daripada apa yang diminta.
Di XM, pesanan anda dilaksanakan pada harga pasaran terbaik yang boleh didapati, yang mungkin memberi kelebihan kepada anda.
Maklumat lanjut untuk Polisi Pelaksanaan XM boleh dilihat di sini.
Republik Cyprus adalah negara anggota Kesatuan Eropah, yang bermakna semua syarikat pelaburan berlesen di Cyprus mematuhi sepenuhnya peraturan EU MiFID (Markets in Financial Instruments Directive) yang terpakai untuk semua 27 negara Zon Ekonomi Eropah. Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk meningkatkan persaingan dalam sektor pelaburan dan melindungi kepentingan pelanggan syarikat pelaburan. Mengikut peraturan-peraturan MiFID, syarikat pelaburan juga harus menjadi ahli Dana Pampasan Pelabur, yang memastikan kepentingan pelanggan dilindungi dalam kes insolvensi syarikat.
Ya, anda boleh membuka sehingga maksimum 8 akaun dagangan aktif. Adalah lebih elok untuk menggunakan maklumat peribadi yang sama seperti akaun dagangan anda yang lain. Anda boleh mendaftar akaun tambahan di Ruang Keahlian dengan 1 klik.
Akaun dagangan dengan baki sifar akan diarkibkan selepas tempoh 90 hari kalendar. Harap maklum bahawa sebaik sahaja akaun dagangan diarkibkan, ianya tidak boleh dibuka semula. Sekiranya anda hanya mempunyai akaun yang telah diarkibkan dan tiada akaun aktif lain untuk berdagang, anda perlu mendaftar akaun dagangan yang baru di sini.
Akaun dagangan dianggap tidak aktif bermula dari hari terakhir 90 (sembilan puluh) hari kalendar di mana tiada aktiviti dagangan/pengeluaran/deposit/pemindahan dalaman/pendaftaran akaun dagangan tambahan. Semua baki bonus, kredit promosi dan XMP akan dibatalkan secara automatik daripada akaun yang tidak aktif.
Akaun tidak aktif dikenakan bayaran bulanan 5USD atau jumlah penuh baki dalam akaun tersebut sekiranya baki yang ada kurang daripada 5USD. Tiada caj dikenakan sekiranya baki di dalam akaun adalah sifar.
Posisi terbuka dan pesanan tangguh akan disimpan dalam sistem walaupun anda log keluar dari platform dagangan. Begitu juga dengan semua jenis pesanan kecuali trailing stop. Trailing stop menjadi tidak aktif apabila anda menutup atau log keluar dari MetaTrader4. Expert advisor juga menjadi tidak aktif apabila MetaTrader4 ditutup atau ketika anda tidak log masuk.
Anda boleh menutup/membuka posisi atau membuat pesanan melalui telefon 24 jam sehari. Hubungi bilik urusan kami di +357 25029910. Anda akan diminta maklumat log masuk platform atas sebab-sebab keselamatan sebelum permintaan anda dilaksanakan.
Anda boleh mendapatkan laporan untuk aktiviti dagangan anda pada platform MT4/MT5. Hanya perlu klik kanan pada "Account history" di tetingkap terminal MT4 (atau "Toolbox" pada MT5), tetapkan tempoh masa (contohnya 1 tahun, 1 bulan, 1 week) dengan memilih "Custom period" dan kemudian klik kanan pada "Save report".
Tiada jumlah maksimum untuk dagangan online tetapi terdapat bilangan maksimum 50 lot standard yang anda boleh dagangkan secara online pada harga semasa untuk akaun STANDARD dan 100 lot mikro untuk akaun MICRO. Bilangan maksimum untuk posisi yang dibuka pada masa yang sama, dan untuk semua jenis akaun adalah 200.
Jika anda ingin berurusan dalam jumlah yang lebih besar daripada lot maksimum jenis akaun anda, anda boleh memecahkan dagangan kepada saiz yang lebih kecil.
Apabila meletakkan dagangan dalam pasaran forex, tarikh sebenar adalah dua hari ke hadapan, sebagai contoh, satu pesanan yang dilakukan pada hari Khamis adalah untuk nilai hari Isnin, pesanan yang dilakukan pada hari Jumaat adalah untuk nilai hari Selasa, dan seterusnya. Pada hari Rabu, jumlah rollover adalah tiga kali ganda untuk memberikan pampasan bagi hujung minggu berikutnya (di mana rollover masa tidak dikenakan kerana dagangan dihentikan pada hujung minggu).
Setiap pelanggan XM mempunyai Pengurus Akaun Peribadi tersendiri, yang bukan sahaja memberi sokongan teknikal sepenuhnya melalui live chat, e-mel atau telefon, anda juga boleh menetapkan satu sesi secara peribadi untuk mempelajari asas-asas MetaTrader4.
Kami juga menawarkan pelanggan kami tutorial video bagaimana untuk menggunakan platform, dan juga webinar mingguan percuma dan seminar on-site di negara yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi support@xm.com.
Menurut Akta Dodd-Frank yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, CFTC (Commodity Futures Trading Commission) tidak lagi membenarkan penduduk AS membuka akaun dagangan dengan kami. Kami memohon maaf di atas kesulitan ini.
Ya kami menawarkannya. Pelanggan yang mengekalkan jumlah minimum (Ekuiti-Kredit) 5000USD atau nilai setara dalam mata wang lain layak untuk memohon VPS percuma melalui Ruang Keahlian pada bila-bila masa dengan syarat mereka berdagang sekurang-kurangnya 5 pusingan lot atau 500 pusingan lot micro sebulan.
Pelanggan yang tidak memenuhi kriteria di atas masih boleh mendapatkan VPS XM MT4 dari Ruang Keahlian dengan bayaran bulanan sebanyak 28USD, yang akan ditolak secara automatik daripada akaun MT4 pada hari pertama setiap bulan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami di sini.
Dagangan satu-klik membolehkan anda membuka posisi dengan hanya satu klik. Apabila anda mahu menutup posisi, walaubagaimanapun, satu klik tidak berfungsi dan anda perlu menutupnya secara manual.
Untuk menggunakan dagangan satu-klik, di sudut kiri carta, anda akan menemui anak panah. Dengan mengklik anak panah tersebut anda akan mengaktifkan dagangan satu-klik dan tetingkap akan muncul di sudut kiri carta.
Ianya tidak mungkin untuk menukar jenis akaun anda tetapi jika anda ingin membuka akaun tambahan, anda boleh melakukannya dengan mudah di dalam Ruang Keahlian pada bila-bila masa dengan memilih jenis akaun pilihan anda.
Jika anda terlupa kata laluan akaun dagangan nyata anda, sila klik di sini untuk set semula.
Ianya tidak mungkin untuk menukar mata wang asas akaun dagangan sedia ada anda. Walau bagaimanapun, anda boleh membuka akaun tambahan di dalam Ruang Keahlian pada bila-bila masa dan memilih mata wang asas yang anda mahukan.
Tidak.
Kami menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk deposit/pengeluaran: melalui pelbagai kad kredit, pelbagai kaedah pembayaran elektronik, pindahan bank wire, pindahan bank tempatan dan lain-lain kaedah pembayaran.
Sebaik sahaja anda membuka akaun dagangan, anda boleh log masuk ke dalam Ruang Keahlian, pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan pada halaman Deposit/Pengeluaran dan ikut arahan yang diberikan.
Anda boleh melakukan deposit dalam mana-mana mata wang dan ia akan ditukarkan secara automatik kepada mata wang asas akaun anda, menggunakan harga inter-bank XM.
Jumlah minimum deposit/pengeluaran ialah 5 USD (atau nilai setara) untuk pelbagai kaedah pembayaran yang disokong di semua negara. Walau bagaimanpun, jumlahnya berbeza-beza mengikut kaedah pembayaran yang anda pilih dan status pengesahan akaun dagangan anda. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang proses deposit dan pengeluaran di dalam Ruang Keahlian.
Untuk melindungi semua pihak terhadap penipuan dan meminimumkan kemungkinan pengubahan wang haram dan/atau pembiayaan keganasan, XM hanya akan memproses pengeluaran/bayaran balik kepada sumber asal deposit berdasarkan Prosedur Keutamaan Pengeluaran di bawah:
Semua permintaan pengeluaran akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam waktu bekerja, namun semua permintaan pengeluaran yang dihantar akan serta merta dilihat dalam akaun dagangan pelanggan yang menunggu pengeluaran. Dalam kes pelanggan memilih kaedah pengeluaran yang tidak betul, permintaan pelanggan akan diproses mengikut Prosedur Keutamaan Pengeluaran yang dinyatakan di atas. Semua permintaan pengeluaran pelanggan akan diproses dalam bentuk mata wang di mana deposit asal dibuat. Sekiranya mata wang deposit berbeza daripada mata wang pindaan, jumlah pindaan akan ditukarkan oleh XM kepada mata wang pindaan pada kadar pertukaran semasa.
Memandangkan kami hanya boleh memindahkan jumlah yang sama dengan jumlah deposit kembali ke kad, keuntungan hanya boleh dipindahkan ke akaun bank anda melalui pindahan wire. Sekiranya anda turut melakukan deposit melalui E-wallet, anda juga mempunyai pilihan untuk melakukan pengeluaran keuntungan ke akaun E-wallet tersebut.
Untuk mengeluarkan dana, akaun anda mestilah disahkan. Ini bermakna anda hendaklah memuat naik dokumen di Ruang Keahlian terlebih dahulu: Bukti Identiti (ID, pasport, lesen memandu) dan Bukti Alamat Kediaman (bil utiliti, telefon/Internet/bil TV atau penyata bank), yang menunjukkan nama dan alamat anda yang tidak melebihi dari 6 bulan.
Sebaik sahaja anda menerima pengesahan bahawa akaun anda telah disahkan oleh Jabatan Pengesahan kami, anda boleh membuat permintaan pengeluaran dengan log masuk ke Ruang Keahlian, dan klik di bahagian Pengeluaran untuk melakukan pengeluaran. Kami hanya boleh menghantar pengeluaran anda kembali ke sumber asal deposit. Semua pengeluaran diproses oleh jabatan Back Office dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.
Ya, anda boleh, sekiranya sewaktu pembayaran margin bebas anda melebihi jumlah yang dinyatakan dalam arahan pengeluaran, termasuk semua caj pembayaran. Margin bebas dikira dengan menolak margin yang diperlukan (diperlukan untuk mengekalkan posisi terbuka) dari ekuiti. Jika anda tidak mempunyai margin bebas secukupnya dalam akaun dagangan, sistem tidak akan menerima permintaan anda dan anda dikehendaki menurunkan jumlah tersebut. Sila ambil perhatian bahawa, sebarang bonus kredit dalam akaun dikira sebagai sebahagian dari ekuiti dan akan ditolak untuk sebarang pengeluaran.
Ia bergantung kepada negara di mana wang tersebut dihantar. Bank wire dalam EU selalunya mengambil masa 3 hari bekerja. Bank wire ke sesetengah negara mungkin mengambil masa sehingga 5 hari bekerja.
Permintaan pengeluaran anda akan diproses oleh pihak pengurusan kami dalam masa 24 jam. Melalui Kad XM atau mana-mana kaedah e-wallet anda akan menerima wang anda pada hari yang sama, dan melalui pemindahan bank atau kad kredit/debit biasanya mengambil masa selama 2-5 hari waktu bekerja.
Semua deposit adalah serta merta, kecuali pindahan bank wire. Semua pengeluaran diproses oleh pihak pengurusan kami dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
Kami tidak mengenakan sebarang yuran untuk pilihan deposit/pengeluaran. Sebagai contoh, jika anda mendeposit USD 100 melalui Moneybookers dan kemudian membuat pengeluaran USD 100, anda akan melihat jumlah penuh USD 100 di dalam akaun Moneybookers anda kerana kami menanggung semua yuran transaksi untuk anda.
Ini juga terpakai untuk semua deposit kad kredit/debit. Untuk deposit/pengeluaran melalui pindahan bank wire antarabangsa, XM menanggung semua yuran pemindahan yang dikenakan oleh bank-bank kami, kecuali deposit yang berjumlah kurang daripada 200 USD (atau nilai yang setara).
Untuk melindungi semua pihak daripada penipuan dan mematuhi CySEC Directive (DI44-2007-08 of 2012) untuk pencegahan dan penghapusan pengubahan wang haram, polisi syarikat kami adalah untuk mengembalikan dana pelanggan kepada sumber asal dana, dan oleh itu pengeluaran akan dikembalikan ke akaun Moneybookers anda. Ini terpakai untuk semua kaedah pengeluaran, dan pengeluaran mesti dikembalikan ke sumber asal deposit.
Tidak boleh. Adalah dilarang untuk memindahkan dana di antara akaun pelanggan yang berbeza dan melibatkan mana-mana pihak ketiga.
Memandangkan kami adalah sebuah syarikat yang dikawal selia, kami tidak menerima deposit/pengeluaran dari pihak ketiga. Deposit hanya boleh dibuat dari akaun anda sendiri, dan pengeluaran mestilah dikembalikan ke sumber deposit dilakukan.
Ya, boleh. Anda boleh melakukan pemindahan dalaman antara dua akaun dagangan, sekiranya kedua-dua akaun dibuka di bawah nama anda dan kedua-dua akaun dagangan tersebut telah disahkan. Jika mata wang asas berbeza, jumlah tersebut akan ditukar secara automatik. Pemindahan dalaman boleh dilakukan di Ruang Keahlian, dan diproses serta merta.
Jika salah satu kaedah deposit anda ialah kad kredit/debit, anda perlu membuat permohonan pengeluaran sehingga jumlah deposit, sebelum menggunakan mana-mana kaedah pengeluaran. Sekiranya jumlah deposit melalui kad kredit/debit telah dikembalikan sepenuhnya ke akaun, anda boleh memilih kaedah pengeluaran yang lain, mengikut deposit anda.
Di XM kami tidak mengenakan sebarang yuran atau komisen. Kami menanggung semua yuran transaksi (untuk pindahan bank wire melebihi 200 USD).
Walaupun kesemua ciri-ciri dan fungsi akaun nyata boleh didapati di akaun demo, anda harus ingat bahawa simulasi tidak dapat menunjukkan keadaan pasaran dagangan yang sebenar. Satu perbezaan utama adalah jumlah yang didagangkan melalui simulasi tidak mempengaruhi pasaran, manakala jumlah dagangan yang sebenar memberi kesan ke atas pasaran, terutamanya saiz urus niaga yang besar. Kelajuan pelaksanaan adalah sama untuk akaun dagangan nyata dan akaun demo XM.
Selain itu, pengguna juga mempunyai keadaan psikologi yang sangat berbeza ketika berdagang di akaun demo atau nyata. Aspek ini boleh memberi kesan kepada penilaian yang dilakukan dengan akaun demo. Kami menasihatkan anda supaya berhati-hati dan mengelakkan sikap berpuas hati dari apa-apa kesimpulan yang diambil daripada penggunaan akaun demo. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang akaun demo di sini.
Buka tetingkap terminal dengan menekan Ctrl+T pada papan kekunci, dan pilih Account History. Klik-kanan untuk menunjukkan menu konteks, yang membolehkan anda menyimpan rekod dagangan sebagai fail .html agar anda boleh melihatnya semula apabila anda telah log keluar dari platform dagangan.
Ya, anda boleh menggunakannya. Semua platform dagangan kami menyokong penggunaan EA.
Untuk menambah expert advisor (EA), pertama sekali anda perlu membuka Terminal Pelanggan MT4, klik File pada menu navigasi di atas dan klik Open Data Folder dalam menu juntai bawah. Di dalam open Data Folder klik pada MQL4 dan Experts. Folder Experts adalah di mana anda boleh menambah expert advisor (EA). Tampalkan fail EA .mq4 atau .ex4 ke dalam folder Experts. Setelah anda melakukan semua ini, mulakan semula platform MT4 dengan menutup dan membukanya semula.
Periksa sama ada dagangan dibenarkan di Tools -> Options -> Experts tab -> Allow real trading. Kemudian pastikan butang expert advisor pada menu utama ditekan. Anda sepatutnya melihat ikon senyuman di bahagian atas kanan carta yang menunjukkan anda telah mengaktifkan EA dengan betul. Jika semuanya berfungsi dengan baik tetapi EA masih belum berfungsi, lihat fail log anda melalui tab Experts pada tetingkap Terminal (anda sepatutnya dapat melihat ralat yang terjadi). Anda juga boleh menghantar emel untuk bantuan lanjut ke support@xm.com.
Sila hubungi Pengurus Akaun Anda melalui live chat, emel atau telefon untuk maklumat lanjut mengenai MT4. Anda juga boleh melihat Tutorial Video kami untuk panduan, kami bersedia untuk membantu anda dengan penjelasan terperinci pada bila-bila masa.
Log masuk ke platform MT4 -> Tetingkap market watch -> klik-kanan -> Show all -> tatal ke bawah dan anda boleh melihat semua instrumen yang disediakan untuk dagangan.
Tidak. Zon masa pelayan dagangan kami adalah GMT+2 waktu musim sejuk dan GMT+3 waktu musim panas. Tetapan waktu GMT mengelakkan kemunculan candlestick kecil pada hari Ahad sekaligus membolehkan analisis teknikal serta ujian sokongan berjalan dengan lebih lancar dan mudah.
Kami mengasingkan dagangan standard dari dagangan micro (1 lot dalam akaun standard = 100 000 unit, 1 lot dalam akaun micro = 1000 unit). Inilah sebabnya mengapa anda perlu melihat dalam Market Watch untuk simbol dengan perkataan "micro" (seperti EUR/USD micro daripada EUR/USD), klik-kanan dan pilih Show all. Simbol-simbol "grayed" lain digunakan oleh platform untuk mengira harga. Klik-kanan simbol "grayed" dan pilih Hide untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Setiap pesanan buy dibuka pada harga ASK dan ditutup pada harga BID, dan setiap pesanan sell dibuka pada harga BID dan ditutup pada harga ASK. Kebiasaannya, anda hanya boleh melihat garisan BID pada carta. Untuk melihat garisan ASK, klik-kanan pada carta -> Properties -> Common-> dan tandakan Show ASK line.
Ya, kami menawarkannya. Platform dagangan MT4 juga disediakan untuk MAC, dan boleh dimuat turun di sini.
Klik 'File' -> Klik "Open an account" di mana tetingkap baru akan muncul, "Trading servers" -> skrol ke bawah dan klik tanda + pada "Add new broker", kemudian taip 'XM' dan klik "Scan".
Sebaik sahaja imbasan telah selesai, tutup tetingkap ini dengan mengklik "Cancel".
Berikutan ini, sila cuba log masuk sekali lagi dengan mengklik "File" -> "Login to Trading Account" untuk melihat sama ada nama pelayan anda telah muncul.
Untuk mula berdagang di platform MT5 anda memerlukan satu akaun dagangan MT5 XM. Ianya mustahil untuk berdagang di platform MT5 menggunakan akaun MT4 XM anda. Untuk membuka akaun MT5 XM klik sini.
Tidak. Anda memerlukan satu akaun dagangan MT5 XM. Untuk membuka akaun MT5 XM klik sini.
Jika anda merupakan pelanggan XM dengan akaun MT4, anda boleh membuka akaun MT5 tambahan dari Ruang Keahlian tanpa perlu menghantar semula dokumen pengesahan anda. Walaubagaimanapun, jika anda merupakan pelanggan baru anda dikehendaki menghantar dokumen pengesahan yang diperlukan (s.c. Bukti Identiti dan Bukti Alamat Kediaman).
Tidak. Anda memerlukan akaun dagangan MT5 XM untuk melakukan dagangan CFD saham. Untuk membuka akaun MT5 XM klik sini.
Pada platform MT5 anda boleh melakukan dagangan untuk semua instrumen yang disediakan oleh XM iaitu CFD Saham, CFD Indeks Saham, Forex, CFD untuk Logam Berharga dan CFD untuk Tenaga
Berdasarkan jenis akaun anda, instrumen dagangan dipaparkan dengan akhiran yang unik. Untuk mencari instrumen kewangan yang betul bagi jenis akaun yang anda dagangkan, sila lihat contoh di bawah:
Sekiranya instrumen yang betul tidak dapat dilihat pada platform dagangan yang anda dagangkan, anda perlu klik kanan tetingkap “Market Watch” -> pilih simbol -> pilih instrumen yang anda ingin berdagang daripada jadual yang dipaparkan -> pilih pilihan “Show”. Selain itu, tutup tetingkap “Market Watch”, klik kanan padanya sekali lagi dan pilih “Show All”.
Harap maklum bahawa simbol-simbol yang dikelabukan digunakan oleh platform dagangan untuk mengira harga minyak. Untuk menghapuskan simbol-simbol yang dikelabukan daripada tetingkap "Market Watch" anda, hanya perlu klik kanan padanya dan pilih pilihan "Hide".
Dilesenkan dan dikawal selia oleh CySEC (Cyprus Securities and Exchange Commission) di bawah lesen bernombor 120/10;
XM.COM ialah nama dagangan Trading Point Holdings Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Trading Point of Financial Instruments Ltd (Cyprus).
Trading Point of Financial Instruments Ltd dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) di bawah nombor lesen 120/10, dan berdaftar dengan FCA (FSA, UK), di bawah nombor rujukan 538324. Trading Point of Financial Instruments Ltd beroperasi mengikut Markets in Financial Instruments Directive (MiFID).
Anda dijemput untuk melawat pejabat kami pada bila-bila masa. Kami meminta anda untuk memaklumkan tarikh dan masa terlebih dahulu dan Pengurus Akaun Peribadi anda akan menyambut kehadiran anda. Ibu pejabat kami adalah di Limassol, Cyprus. Alamat penuh syarikat dan butiran perhubungan boleh didapati di sini.
Ibu pejabat kami adalah di Limassol, Cyprus. Alamat penuh syarikat dan butiran perhubungan boleh didapati di sini.
Kami membina reputasi sebagai institusi kewangan kelas A jadi kami memutuskan untuk membangunkan sebuah jenama yang bersesuaian dengan reputasi kami.
Sebagai syarikat yang berkembang pesat, Trading Point meluaskan identiti jenamanya dengan menambah produk baru kepada portfolio jenamanya. XM menggabungkan ciri-ciri terkuat Trading Point dan menawarkan pelanggan perkhidmatan yang lebih luas yang dapat meningkatkan kecekapan dagangan.
XM bukanlah satu entiti perniagaan atau syarikat yang berasingan:
Dagangan FOREX, LOGAM BERHARGA (termasuk EMAS, PERAK), TENAGA (termasuk MINYAK MENTAH) dan INDEKS EKUITI disediakan.
Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.
Dengan menekan butang "Masuk", anda bersetuju bahawa data peribadi yang diberikan melalui live chat akan diproses oleh Trading Point of Financial Instruments Limited, berdasarkan Dasar Privasi syarikat untuk memenuhi tujuan anda mendapatkan bantuan dari Jabatan Khidmat Pelanggan kami.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan di atas, anda juga boleh menghubungi kami melalui Ruang Keahlian atau emelkan kepada malay.support@xm.com.
Semua panggilan masuk dan keluar serta lain-lain komunikasi elektronik (termasuk mesej perbualan atau emel) di antara kami dan anda akan direkod dan disimpan untuk tujuan pemantauan kualiti, latihan dan pengawal seliaan.