Seminar Dagangan Carta Candlestick Forex Selesai di Amman

Disiarkn di 16/04/2019 10:10 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 13 April, wakil syarikat kami berbesar hati untuk kembali ke ibu kota Jordan, iaitu Amman untuk mengalu-alukan para pelanggan XM ke seminar forex mengenai teknik dagangan carta candlestick.

Dianjurkan di Grand Millennium Hotel dan disampaikan oleh Pakar Strategi Pemasaran Kanan Tradepedia Habib Akiki, seminar itu dibuka secara percuma untuk pelabur atas talian yang berminat untuk menjadi lebih cekap dalam menggunakan carta candlestick dalam dagangan forex dan CFD.

Semasa pembentangannya, Habib Akiki telah memeriksa semua faktor utama yang pedagang atas talian perlu berjaga-jaga apabila memilih alatan yang paling optimum untuk mengenal pasti kekuatan trend dengan pengkhususan kepada carta candlestick. Para tetamu kami berpeluang untuk mempelajari butiran yang berkaitan dengan corak pertukaran trend dan memahami bagaimana ianya boleh digunakan untuk mencari isyarat entri atau keluar.

Selain daripada penggunaan praktikal candlestick, para peserta seminar juga diperkenalkan kepada alatan analisis teknikal yang lain dalam pelaburan atas talian, iaitu indikator Avramis River yang berguna untuk pedagang kerana ia membantu mereka mengenal pasti corak pasaran mendatar dan trend yang kuat terhadap instrumen kewangan.

Sebaik sahaja seminar itu selesai, para pemenang undian cabutan bertuah diumumkan dan kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada yang telah memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Pemenang Cabutan Bertuah

Hadiah ID Akaun MT4/MT5
Hadiah Pertama: $100 bonus dagangan tanpa pengeluaran 42023518
Hadiah Ke-2: $100 bonus dagangan tanpa pengeluaran 2713508
Hadiah Ke-3: $100 bonus dagangan tanpa pengeluaran 33037257
Hadiah Ke-4: $100 bonus dagangan tanpa pengeluaran 38151032
Hadiah Ke-5: $100 bonus dagangan tanpa pengeluaran 2771372

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan baru dan sedia ada kami yang telah menyertai seminar kami di Amman dan kepada yang terlepas untuk mengikuti seminar ini tetapi ingin mengambil bahagian dalam seminar XM seterusnya yang akan diadakan di bandar Kaherah dan Iskandariah.

Untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam seminar dagangan forex kami yang akan diadakan di Mesir pada bulan April, sila klik sini.