Jelajah Seminar Forex di Khon Kaen dan Ubon Ratchathani

Disiarkn di 22/05/2018 08:46 GMT. Baca Selanjutnya CSR

Pada bulan Mei, jelajah seminar dagangan forex XM di Thailand telah sampai ke dua lagi destinasi iaitu Khon Kaen dan Ubon Ratchathani.

Seminar bertajuk The Moving Average Ribbon Technique telah disampaikan oleh Sompop Jittrakul di Khon Kaen pada 5hb Mei dan seterusnya di Ubon Ratchathani pada 19hb Mei. Kami amat gembira kerana dapat bertemu dengan ramai pelanggan sedia ada yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan ilmu dagangan mereka melalui pendidikan percuma yang disediakan. Kami turut menyambut baik kehadiran pelanggan-pelanggan baru dalam dunia forex yang menyertai seminar ini sebagai langkah pertama mereka untuk menjadi pelabur online.

Melalui bimbingan profesional dari Sompop Jittrakul, para peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana pasaran CFD global berfungsi, instrumen mana yang boleh didagangkan sebagai Kontrak Perbezaan dan bagaimana pelabur online dapat mengambil kesempatan daripada pergerakan turun naik pasaran. Sompop Jittrakul memberikan tumpuan kepada alat analisis teknikal spesifik yang boleh digunakan dalam dagangan iaitu Moving Average Ribbon, yang boleh digunakan secara berkesan untuk menilai kekuatan trend. Penjelasan diberikan menggunakan contoh-contoh sebenar yang membantu peserta seminar untuk memahami bagaimana analisis teknikal berfungsi apabila melakukan dagangan CFD pada platform MT5 XM.

Kami amat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan semua peserta seminar di Khon Kaen dan Ubon Ratchathani, dan kami menjemput mereka yang berminat untuk hadir ke seminar percuma seterusnya di Chiang Rai, Thailand pada 2hb Jun yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk seminar akan datang di Chiang Rai, sila klik sini.