Kejayaan Seminar Forex di Tiga Bandar Filipina

Disiarkn di 23/03/2020 11:13 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Antara 1 dan 29 Februari, XM telah menganjurkan acara pendidikan forex percuma di Manila, Palawan dan Bandar General Santos dengan matlamat untuk mendidik para pelabur atas talian cara yang berpotensi untuk meningkatkan teknik dagangan mereka bagi memperolehi hasil pelaburan yang lebih berjaya.

Seminar yang bertajuk Gabungan Avramis River dengan Analisis Fundamental telah disampaikan oleh instruktor forex Jonathan Lou Reyes di Manila pada 1 Februari, diikuti oleh Palawan pada 15 Februari dan kemudian di Bandar General Santos pada 29 Februari.

Oleh kerana pelabur atas talian berpotensi untuk mencapai kemampuan terbaik mereka sangat bergantung untuk memahami pasaran global dan kecekapan mereka untuk memperbaiki semua teknik dan strategi yang penting, seminar ini memberi tumpuan kepada kedua-dua aspek utama ini.

Semasa sesi taklimatnya, Jonathan Lou Reyes telah memberi penekanan tentang kepentingan indikator teknikal mengikuti aliran utama seperti Avramis River, yang membantu pelabur mencari dan mentafsir data pasaran yang relavan dengan betul serta mengenal pasti pasaran yang mendatar, menentukan tahap sokongan rintangan dan mencari aliran yang berkualiti tinggi dengan mudah. Selain itu, sebahagian besar masa seminar dihabiskan untuk penggunaan Avramis River dalam kombinasi dengan teknik-teknik analisis fundamental, dengan tumpuan khas kepada indikator-indikator makroekonomi utama.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana menghadiri seminar kami di setiap bandar.