Seminar Forex Percuma di Malaysia

Berdagang dengan Indikator Avramis River

Bahasa
Melayu

Tempah tempat duduk anda

Berdagang dengan Indikator Avramis River

Mengapa penting untuk mengikut aliran pasaran, menilai kekuatan dan kualiti aliran? Apakah indikator yang harus kita guna untuk menilai perbezaan harga menaik dan harga menurun? Bilakah kita harus jangkakan pergerakan harga akan diteruskan?

Kami ingin menjemput para pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar kami yang akan memberikan jawapan kepada semua soalan-soalan ini dan banyak lagi! Ianya akan memperkenalkan salah satu indikator yang hebat kepada peserta seminar iaitu indikator Avramis River yang menggabungkan kekuatan beberapa indikator aliran ke dalam satu indikator.

Semasa seminar, anda akan dapat mempelajari mengapa dagangan swing merupakan gaya dagangan yang popular, apa yang membezakannya dari dagangan harian dan apakah teknik-teknik yang boleh membantu para pelabur atas talian untuk memanfaatkan tindakan harga jangka masa pendek apabila berdagang dalam pelbagai instrumen kewangan.

Bahagian Satu

Selepas anda memperoleh gambaran yang jelas tentang bagaimana pasaran global berfungsi dan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan aliran dan harga, anda akan memahami mengapa ianya penting untuk menggunakan analisis teknikal. Kami akan mengkhususkan masa yang secukupnya untuk menerangkan kepentingan tahap sokongan dan rintangan, bagaimana anda boleh mentafsir corak carta pelbagai hari, indikator yang anda boleh gunakan untuk mengikuti aliran dan mengenal pasti instrumen bagi aliran yang kuat dan lemah, bagaimana anda boleh menganalisis corak harga dan bagaimana anda boleh menerapkan saiz posisi dagangan yang betul untuk meminimumkan risiko.

Bahagian Dua

Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara menggunakan Fibonacci, termasuk Fibonacci retracement, Fibonacci fan dan Fibonacci time zones serta Avramis River untuk menilai kekuatan aliran, merancang titik entri dan keluar pasaran serta menguruskan risiko dengan pesanan henti dan keuntungan.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.