6 Kelas Aset - 16 Platform Dagangan - Lebih 1000 Instrumen
Tujuan "Dokumen Maklumat Penting" (KID): KID memberikan anda maklumat penting tentang produk pelaburan yang dijelaskan dalam bahagian seterusnya. Ia bukan satu bahan pemasaran. Maklumat ini dikehendaki oleh undang-undang untuk membantu anda memahami sifat, risiko, kos, potensi keuntungan dan kerugian Produk dan membantu anda untuk membuat perbandingan dengan produk lain.
Produk ini boleh didagangkan secara "Over The Counter" (OTC).
Dokumen Maklumat Utama ini dikemas kini pada 01.01.2020.
Anda bakal membeli Produk yang tidak ringkas dan mungkin sukar untuk difahami.
Produk ini adalah instrumen kewangan yang dikategorikan sebagai: CFD untuk currency pairs.
Produk ini membentuk pendedahan berleverage pada pergerakan nilai aset pendasar (seperti EURUSD. currency pairs).
Pulangannya dipengaruhi oleh harga dan pergerakan turun naik aset pendasar, tahap leverage yang digunakan oleh pelabur dan kos yang berkaitan dalam dagangan. Harga aset pendasar didorong oleh penawaran dan permintaan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti peristiwa politik penting (seperti pilihan raya, referendum, dll.), pengumuman bank pusat, perkembangan ekonomi dan geopolitik serta tingkah laku pelabur.
Posisi untuk Produk ini boleh dibuka dan ditutup 24 jam sehari dari hari Ahad 22:05 GMT sehingga Jumaat 21:50 GMT.
Produk ini TIDAK mempunyai tempoh pegangan minimum.
Dagangan untuk produk ini tidak sesuai untuk semua individu. Produk ini kebiasaannya digunakan oleh mereka yang ingin; mendapatkan pendedahan jangka pendek instrumen/pasaran kewangan, menggunakan (berdagang dengan) duit yang sanggup untuk rugi, memiliki portfolio pelaburan dan simpanan yang pelbagai, mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan memahami risiko dan impak berkaitan dagangan margin.
Produk ini tidak mempunyai tarikh matang atau tamat tempoh.
SRI adalah panduan tahap risiko Produk yang dibandingkan dengan produk lain. Ia menunjukkan kebarangkalian Produk untuk menanggung kerugian dari pergerakan pasaran. Kami telah mengkelaskan Produk ini sebagai 7 dari 7, iaitu kelas risiko tertinggi.
Anda mungkin kehilangan semua pelaburan anda melainkan anda menetapkan had kerugian kewangan (‘Henti Rugi’) pada pelaburan anda. Selain itu, pelaburan mungkin hilang jika Syarikat tidak mampu membayar jumlah pelaburan tersebut. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan manfaat dari skim perlindungan pengguna (lihat bahagian "apa yang berlaku jika kami gagal membuat pembayaran"). Pelaburan tambahan untuk modal asal pelaburan anda mungkin diperlukan untuk mengelakkan posisi terbuka anda ditutup.
Produk ini memiliki kecairan yang sangat tinggi dan Syarikat tidak menetapkan sebarang tempoh pegangan untuk mana-mana posisi belian atau jualan. Pelanggan bebas untuk membuka/menutup posisi dagangan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai ketika pasaran sedang dibuka.
Perkembangan pasaran di masa hadapan tidak dapat diramal dengan tepat. Senario yang ditunjukkan dalam jadual 2 hanya menunjukkan beberapa kemungkinan hasil berdasarkan pulangan terbaru. Pulangan sebenar mungkin lebih rendah.
Prestasi mungkin berbeza-beza bergantung kepada prestasi pasaran dan berapa lama anda mengekalkan CFD. Senario teruk menunjukkan senario yang sangat tidak menyenangkan berdasarkan data sebelum ini. Kerugian maksimum menjadikan kerugian bagi keseluruhan pelaburan. Keputusan prestasi adalah bersih daripada semua kos produk tetapi ianya tidak mengambil kira kos percukaian peribadi.
Andaian yang digunakan dalam analisa prestasi dijelaskan seperti di bawah:
Baki | €1,176.53 |
Pulangan | + 18% |
Untung/Rugi | + €176.53 |
Baki | €994.40 |
Pulangan | - 1% |
Untung/Rugi | - €5.60 |
Baki | €862.11 |
Pulangan | - 14% |
Untung/Rugi | - €137.89 |
Baki | €812.86 |
Pulangan | - 19% |
Untung/Rugi | - €187.14 |
Baki | €1,159.94 |
Pulangan | + 16% |
Untung/Rugi | + €159.94 |
Baki | €995.85 |
Pulangan | - 0% |
Untung/Rugi | - €4.15 |
Baki | €844.76 |
Pulangan | - 16% |
Untung/Rugi | - €155.24 |
Baki | €819.72 |
Pulangan | - 18% |
Untung/Rugi | - €180.28 |
Semua wang pelanggan yang dipegang oleh Syarikat diletakkan dalam akaun bank berasingan, terpisah dari dana persendirian Syarikat dan dilindungi oleh institusi kredit bereputasi tinggi di Eropah. Setiap hari, Syarikat melakukan penyesuaian luaran dan dalaman sebagaimana yang dikehendaki oleh CySEC dan ditetapkan oleh peraturan MiFID II untuk memastikan Syarikat mengekalkan jumlah yang mencukupi dalam akaun kewangan pelanggan untuk melindungi semua dana pelanggan.
Dalam situasi tidak diingini di mana Syarikat tidak dapat membuat bayaran kepada anda, pelanggan boleh menghubungi Dana Pampasan Pelabur ("ICF"). ICF adalah pilihan dana perundangan Cyprus terakhir untuk pelanggan di bawah Firma Pelaburan Cyprus ("CIFs"). Ini bermakna ICF boleh membayar pampasan sehingga €20,000 untuk setiap pelanggan yang layak jika Syarikat tidak dapat memenuhi obligasi kewangannya. Jumlah sebenar pampasan yang akan dibayar oleh ICF bergantung kepada tuntutan anda. ICF ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Investment Services and Activities and Regulated Markets Law of 2007, di mana Syarikat adalah sebahagian daripadanya yang dilesenkan dan dikawal selia oleh CySEC (No Lesen: 120/10).
Komisen | Komisen USD 7 untuk jumlah transaksi USD 100,000. |
Spread | Perbezaan di antara harga beli dan harga jual disebut spread. Kos ini dikenakan setiap kali anda membuka dan menutup dagangan. Maklumat tentang spread boleh didapati di laman web Syarikat |
Kos Pegangan Harian (Swap) | Yuran dikenakan pada akaun anda untuk setiap malam posisi dipegang. Ini bermakna semakin lama anda memegang satu-satu posisi, semakin tinggi kos yang dikenakan. Maklumat tentang swap boleh didapati di laman web Syarikat |
Dagangan produk CFD melibatkan risiko yang tinggi disebabkan oleh pergerakan pasaran dan perubahan harga yang kerap. Pelanggan bebas untuk membuka/menutup posisi dagangan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dengan syarat pasaran sedang dibuka. Syarikat tidak menetapkan tempoh pegangan untuk mana-mana posisi tidak kira sama ada ia satu posisi belian atau jualan. Pelanggan boleh memilih untuk menetapkan 'Henti Rugi' atau 'Ambil Untung' pada dagangan mereka untuk meminimumkan risiko pergerakan besar yang tidak dijangka.
Pelanggan boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan baki jika mereka ingin berbuat demikian sekiranya tiada posisi terbuka di dalam akaun dagangan mereka. Jika terdapat posisi terbuka, pelanggan boleh mengeluarkan sebarang jumlah lebihan dari margin yang diperlukan untuk dagangan tersebut iaitu 'margin bebas'. Semua permintaan pengeluaran boleh dibuat di 'Ruang Keahlian' pada laman web Syarikat.
Borang aduan boleh didapati di "Ruang Keahlian" pada laman web Syarikat.
Ia adalah satu kehendak undang-undang untuk Syarikat menyediakan dokumen dan polisi berikut kepada pelanggannya:
Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.
Dengan menekan butang "Masuk", anda bersetuju bahawa data peribadi yang diberikan melalui live chat akan diproses oleh Trading Point of Financial Instruments Limited, berdasarkan Dasar Privasi syarikat untuk memenuhi tujuan anda mendapatkan bantuan dari Jabatan Khidmat Pelanggan kami.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan di atas, anda juga boleh menghubungi kami melalui Ruang Keahlian atau emelkan kepada malay.support@xm.com.
Semua panggilan masuk dan keluar serta lain-lain komunikasi elektronik (termasuk mesej perbualan atau emel) di antara kami dan anda akan direkod dan disimpan untuk tujuan pemantauan kualiti, latihan dan pengawal seliaan.