Akan Datang: Seminar XM Percuma mengenai Teknik Konfluens Forex di Kuala Lumpur

Disiarkn di 04/09/2019 07:47 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Musim luruh ini, XM meneruskan lagi program pendidikannya untuk menyediakan pelabur atas talian di seluruh Asia Tenggara dengan bimbingan profesional mengenai teknik-teknik dagangan forex.

Pada 12 Oktober, seminar kami bertajuk Teknik Konfluens dengan Indikator Avramis River akan tiba ke pusat kewangan Malaysia, Kuala Lumpur, dengan penyampaian oleh pakar pasaran terkemuka dan pakar pendidikan forex yang berdedikasi iaitu Zulle Razak.

Acara yang akan berlangsung di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menanti semua dengan pintu terbuka bagi yang berminat dalam membangunkan kemahiran pelaburan mereka dengan bantuan bimbingan praktikal. Oleh kerana matlamat seminar adalah untuk mengajar para peserta seminar tentang cara bagaimana menggabungkan pelbagai alatan analisis teknikal ke dalam satu strategi dagangan yang cekap, beberapa aspek dalam amalan pelaburan akan disemak, yang setiapnya adalah berkaitan untuk mencapai hasil yang lebih konsisten.

Untuk menunjukkan kecekapan penggunaan konfluens dalam beberapa senario dagangan yang berbeza, Zulle Razak akan menghuraikan bagaimana pelbagai aspek dagangan atas talian yang berkait rapat dan bagaimana data pasaran yang boleh dipercayai dapat dikumpulkan dan ditafsirkan apabila melabur dalam pelbagai instrumen kewangan. Selain itu, salah satu kemuncak utama penyampaian beliau ialah penggunaan alat analisis teknikal milik Tradepedia iaitu indikator Avramis River.

Kami berharap dapat menyambut kedatangan pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar yang akan datang. Untuk membaca lebih lanjut dan menempah tempah duduk anda secara percuma pada acara ini, sila klik sini.