Kemas Kini Penting daripada XM

Disiarkn di 05/06/2020 08:56 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami ingin memaklumkan anda bahawa langkah-langkah sementara yang dikenakan kepada margin instrumen tenaga akan dimansuhkan.

Bermula jam 10:00 waktu pelayan (GMT+3) pada hari Selasa 09/06/2020, minimum margin yang diperlukan untuk semua posisi dagangan (bagi membuka posisi dagangan baru dan mengekalkan posisi dagangan sedia ada) akan kembali seperti berikut:

  • 3% (leveraj 33:1) bagi GSOIL dan NGAS
  • 1.5% (leveraj 66:1) bagi OIL, OILMn dan BRENT

Nota: Untuk melihat keperluan margin yang betul, sila pastikan anda mempunyai terminal pelanggan XM MT4/MT5 versi yang terkini.