Kemas Kini Penting daripada XM

Disiarkn di 23/04/2020 11:44 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketara dalam turun naik di pasaran MINYAK. Tambahan pula, kami telah melihat harga niaga hadapan untuk WTI OIL bagi bulan dagangan Mei berada di harga negatif di mana ia belum pernah terjadi dalam sejarah.

Kami ingin memaklumkan anda bahawa untuk melindungi pelanggan dan Syarikat kami daripada pergolakan pasaran yang telah dijangka dalam tempoh waktu ini, XM akan melaksanakan langkah-langkah sementara seperti berikut:

Dari 17:00 waktu pelayan (GMT+3) pada hari Jumaat 24/04/2020, margin minimum yang diperlukan untuk semua posisi dagangan (bagi membuka posisi dagangan baru dan mengekalkan posisi dagangan sedia ada) akan dinaikkan buat sementara waktu seperti berikut:

  • 6% (leveraj 17:1) untuk GSOIL dan NGAS
  • 4% (leveraj 25:1) untuk OIL, OILMn dan BRENT

Sekiranya harga untuk mana-mana instrumen tenaga (OIL, OILMn, BRENT, GSOIL dan NGAS) mencecah 0, syarikat akan menutup semua posisi dagangan terbuka pada harga terakhir pasaran yang tersedia. Ini adalah langkah-langkah yang perlu di ambil memandangkan platform dagangan tidak menyokong harga negatif pada instrumen kewangan.

Berkenaan dengan perkara di atas dan untuk melindungi Pelanggan dan Syarikat kami, XM mungkin harus mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menetapkan mana-mana instrumen yang sebutkan di atas kepada mod close only atau menyahaktifkan dagangan. Apabila tindakan sedemikian di ambil, Syarikat akan berusaha untuk memaklumkan kepada pelanggan lebih awal, walau bagaimanapun dalam keadaan pasaran yang tidak normal, Syarikat mungkin akan melaksanakan tindakan ini dengan serta merta atau tanpa sebarang notis.

Sekatan dagangan akan dimansuhkan sebaik sahaja keadaan pasaran kembali normal.

Pelanggan yang berhasrat untuk mengekalkan posisi dagangan terbuka ketika tempoh turun naik yang tinggi ini harus memastikan bahawa akaun dagangan mereka dibiayai secukupnya untuk mengelakkan sebarang gangguan daripada kemungkinan untuk margin call dan/atau stop-out dalam aktiviti dagangan mereka.

Nota: Untuk melihat syarat-syarat margin yang betul, sila pastikan anda mempunyai Terminal Pelanggan XM MT4/MT5 versi yang terkini.