Seminar Forex Terbaru Melakar Kejayaan di Thailand

Disiarkn di 29/10/2019 09:07 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Bermula bulan Januari yang lalu, XM telah menganjurkan pelbagai seminar dagangan forex di seluruh Thailand, dengan menawarkan pelabur atas talian peluang untuk menyertai pendidikan peringkat tinggi secara percuma.

Tiga lokasi seminar terbaru di Thailand adalah Phuket, Chonburi dan Udon Thani yang berlangsung antara 7 September – 19 Oktober, di mana kami telah mengalu-alukan tetamu acara yang berhasrat untuk memperoleh maklumat terbaru mengenai teknik dagangan forex.

Di setiap bandar yang kami kunjungi, pakar pasaran dan instruktor forex yang berpengalaman iaitu Sompop Jittrakul telah menyampaikan taklimat seminar mengenai topik berdagang dengan menggunakan Ichimoku Kinko Hyo dan Avramis River kepada para peserta. Seperti kebiasaan, objektif seminar ini adalah sama iaitu membekalkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan pelaburan yang mampan.

Oleh kerana topik seminar berkaitan dengan penggunaan indikator teknikal yang betul, Sompop Jittrakul telah mengkaji kaedah analisis teknikal yang diperlukan oleh pelabur atas talian untuk meningkatkan lagi ketepatan dalam meramal pergerakan harga. Dengan contoh-contoh yang mudah untuk difahami, beliau juga menunjukkan penggunaannya dalam pelbagai senario dagangan kepada tetamu acara untuk membantu mereka memahami mekanisme beberapa indikator utama.

Wakil syarikat kami sangat berbesar hati untuk bertemu semula dengan sejumlah besar pelanggan kami yang telah berulang kali menyertai seminar forex serta mengalu-alukan pelanggan-pelanggan baru yang sahaja mengikuti proses pembelajaran mereka dengan XM. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri seminar kami di setiap tiga bandar tersebut dan kepada yang terlepas peluang ini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa lebih banyak seminar yang akan dianjurkan di Thailand tidak lama lagi.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai seminar kami yang akan datang di Thailand dan mendaftar secara percuma tepat pada masanya, sila klik sini.