Seminar XM Terbaru di Filipina Berakhir dengan Kejayaan

Disiarkn di 04/09/2019 12:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Antara 17 dan 31 Ogos, dua seminar pendidikan forex telah berlangsung di Filipina dengan kejayaan yang hebat di mana kami berbesar hati menyambut kedatangan sejumlah besar penonton yang berhasrat untuk menerima bimbingan pelaburan profesional daripada Jonathan Lou Reyes, Ketua Pengajar bagi negara Filipina.

Seminar forex bertajuk Berdagang dengan Indikator Moving Average Ribbon menikmati kehadiran sejumlah besar pedagang forex di Baguio pada 17 Ogos, diikuti oleh Cebu pada 31 Ogos yang semuanya boleh dihadiri secara percuma.

Maklumat secara langsung dan praktikal yang disampaikan semasa seminar bertujuan untuk menyedarkan peserta seminar bagaimana untuk menggabungkan analisis teknikal ke dalam rutin pelaburan individu mereka serta bagaimana menggunakan indikator Moving Average Ribbon untuk menentukan kekuatan aliran pasaran bersama-sama dengan kawasan sokongan dan rintangan serta mentafsir isyarat bagi perubahan aliran pasaran yang berpotensi.

Salah satu komponen utama dagangan forex, iaitu pengurusan risiko juga dihuraikan oleh Jonathan Lou Reyes, yang menerangkan kepada peserta seminar mengapa risiko pelaburan adalah aspek prestasi dagangan yang tidak dapat dipisahkan dan teknik apa yang boleh digunakan untuk meletakkan ia di tahap yang minimum.

Bagi menyimpulkan dua lagi seminar forex yang berjaya di Filipina, kami ingin merakamkan ucapan terika kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian pada seminar kami di setiap bandar dan pada masa yang sama kami ingin menjemput para pelanggan kami untuk mengikuti seminar kami yang akan datang.

Untuk membaca lebih lanjut dan menempah tempat duduk anda secara percuma bagi acara yang akan datang di Filipina, sila klik sini.