Selesai Perjalanan Seminar Malaysia di Kuching dan Kuantan

Disiarkn di 29/10/2018 13:55 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 13 dan 27 Oktober yang lepas, perjalanan seminar telah tiba ke dua destinasi terakhir iaitu Kuching dan Kuantan, seminar ini dihadiri oleh sebilangan besar pedagang atas talian yang telah menyertai seminar yang disampaikan oleh Zulle Razak di kedua-dua bandar tersebut.

Seminar bertajuk Strategi Pelaburan dalam Dagangan Atas Talian pertama sekali memberi tumpuan kepada bagaimana pelabur atas talian hari ini membangunkan strategi masing-masing dengan menggabungkan beberapa teknik yang terkenal.

Peserta acara kami sekali lagi berpeluang untuk bertemu dengan pengajar profesional yang terkenal iaitu Zulle Razak di bandar Kuching dan Kuantan, yang bermatlamat untuk memperlihatkan mereka beberapa aspek yang berkaitan dalam pelaburan atas talian.

Selepas gambaran keseluruhan terhadap pasaran global, para peserta seminar telah menerima penjelasan terperinci tentang penggunaan analisis teknikal dan fundamental bersama dengan penerapan khusus terhadap pengurusan risiko pada setiap masa. Diikuti dengan teknik-teknik untuk melaksanakan senario dagangan bergantung kepada matlamat pelaburan, instrumen kewangan yang didagangkan dan kecenderungan cara dagangan masing-masing.

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan baru dan sedia ada kami yang telah menyertai seminar yang telah diadakan di Kuching dan Kuantan, serta kami sangat berharap untuk kembali ke Malaysia dengan acara pendidikan yang lebih mendalam yang direka khusus untuk membantu pedagang meningkatkan lagi kemahiran pelaburan mereka.

Sehingga seminar kami yang akan datang di Malaysia, kami ingin menjemput pelabur atas talian untuk mengikuti webinar harian secara percuma, yang diadakan dari hari Isnin hingga Khamis dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD.