Team Pengurusan

Constantinos Cleanthous – Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif - Kumpulan XM

Constantinos Cleanthous adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XM. Constantinos menyelia pengurusan strategik korporat kumpulan antarabangsa syarikat. Beliau mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan yang merangkumi dagangan FX, IPO dan Merger & Acquisition.

Constantinos memiliki ijazah sarjana muda dalam Matematik dan Statistik Perniagaan dari London School of Economics. Beliau juga memiliki ijazah sarjana dalam Perkapalan, Perdagangan dan Kewangan, dari City Business School. Selain itu, beliau juga memiliki Sijil Kecekapan Professional yang selaras dengan MiFID (Pasaran dalam Arahan Instrumen Kewangan).

Sebelum mengasaskan XM, beliau mendapat pengalaman yang luas dalam pasaran saham terbitan awam. Juga dalam sektor M&A sebagai perunding kewangan korporat dan pedagang antara bank dan pengurus dana dalam pasaran tukaran asing, ekuiti dan komoditi untuk beberapa institusi kewangan seperti Greek, Ukraine dan UK.

Ilias Mavrommatis – Pengasas, Pengarah Urusan - Kumpulan XM

Ilias Mavrommatis bertanggungjawab untuk semua pengurusan strategik unit kawalan kewangan XM dan menyelia bahagian perakaunan dan back office untuk kumpulan syarikat-syarikat. Beliau mempunyai latar belakang professional dari industri kewangan dan perkapalan, yang telah mencecah lebih dari 16 tahun.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam Matematik dan Statistik Perniagaan dan ijazah sarjana dalam Perkapalan, Perdagangan dan Kewangan dari City Business School.

Sebelum mengasaskan XM, Ilias bekerja dalam perkhidmatan kewangan sebagai pedagang proprietari untuk tukaran asing, bon dan niaga hadapan serta bekerja dalam sektor milikan kapal dan pengurusan kapal sebagai pengurus korporat Kumpulan Schulte.

Dr. Andreas Loizides – Ketua Pegawai Maklumat – Kumpulan XM

Andreas loizides mengawalselia strategi teknologi dan sistem maklumat XM dan pada masa yang sama memastikan kebolehpercayaan dan penyelenggaraan untuk sistem sedia ada. Beliau membawa bersama pengetahuan yang luas serta pendekatan secara praktikal dengan lebih 15 tahun pengalaman akademik dan professional, bersama dengan kompetensi yang versatil dalam bidang teknologi komputer terkini.

Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam Sains Komputer dari University College London. Beliau juga memegang ijazah kedoktoran dalam Grafik Komputer dan Realiti Maya dari institusi yang sama. Di antara 1999-2004, beliau bekerja sebagai pemaju bebas dan konsultan untuk penyelesaian perisian yang diubahsuai dan pengaturcaraan internet di UK dan sebagai pensyarah jemputan di Universiti of Westminster pada tahun 2000-2003.

Sebelum menyertai XM, beliau berada di academia mengajar modul Sains Komputer kepada prasiswazah dan pascasiswazah. Andreas merupakan penyumbang aktif kepada projek penyelidikan akademik dan pengulas tetap persidangan dan kertas jurnal.

Tasos Papanastasiou – Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan – Kumpulan XM

Tasos Papanastasiou menguruskan fokus strategik keseluruhan bagi unit pembangunan perniagaan syarikat. Kepakarannya mencakupi hubungan professional berterusan dalam pemasaran global dan kerjasama korporat XM. Tasos memiliki 15 tahun pengalaman sebagai usahawan yang diambil daripada industri atas talian dalam sektor permainan.

Tasos berkelulusan dalam sarjana muda Pengajian Ketenteraan dari Hellenic Military Academy. Selalin itu, beliau memiliki ijazah LL.B (Hons.) undang-undang dan MA dalam Propaganda dan Pujukan dari University of Kent, Canterbury.

Beliau merupakan ahli Cyprus Bar Association sejak 2000. Dengan pengetahuan akademiknya, beliau mempunyai kepintaran perniagaan dan kewangan yang telah berjaya dibentuk sepanjang karier beliau.

Chris Anthony Zacharia – Pengarah Pemasaran – Kumpulan XM

Chris Anthony Zacharia menyelia pasukan pemasaran global XM dengan memastikan pengurusan aliran kerja antara jabatan operasi dan pemasaran dalam talian. Beliau juga memantau strategi perkembangan dan pemasaran global XM serta pembangunan jenama secara berterusan, reka bentuk laman web dan perancangan UX dan UI.

Lebih 10 tahun pengalaman dalam industri atas talian, beliau telah bekerja rapat dengan beberapa agensi reka bentuk UI dan UX utama di Eropah.

Chris mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Perniagaan dari ACG.

Sebelum menyertai XM beliau bekerja sebagai pembangun laman web dan konsultan SEO dalam sektor permainan.

Michalis Florentiadis – Ketua Kaunter Penyelidikan Pelaburan – Kumpulan XM

Michalis Florentiadis ialah Ketua Kaunter Penyelidikan Pelaburan XM dan bertanggungjawab untuk memantau dan menyediakan bahan penyelidikan pelaburan harian tentang perkembangan yang boleh memberikan impak kepada pasaran global dari hari ke hari.

Jabatan beliau menyediakan dan menerbitkan analisis dan ulasan, yang digunakan di dalam XM dan juga diterbitkan pada jurnal kewangan dan portal terkemuka. Michalis mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidangnya dan sebelum ini beliau bekerja sebagai Ketua Pelaburan dan Penyelidikan di Bank Hellenic.

Beliau merupakan lepasan ijazah dari London School of Economics (LSE) dengan ijazah sarjana muda dalam Ekonomi. Beliau juga merupakan pemegang ijazah sarjana dalam Matematik Dagangan dan Kewangan dari City University Business School.

Michalis adalah Penganalisis Kewangan Bertauliah dan ahli persatuan CFA. Hasil kerja beliau telah di petik oleh Financial Times, Reuters dan Bloomberg beberapa kali.

Pambos Panayiotou – Ketua Pegawai Eksekutif – XM UK

Pambos Panayiotou adalah Ketua Pegawai Eksekutif XM UK dan bertanggungjawab dalam pengurusan strategik bahagian UK XM. Sebelum menyertai XM, beliau membina kerjaya dalam Perbankan Pelaburan, Penasihat Pelaburan dan Pengurus Kekayaan.

Beliau menamatkan pengajian di London School of Economics and Political Science dengan sarjana muda dalam Sains Aktuari dan sarjana dalam Kewangan dan Ekonomi. Beliau telah bekerja sebagai Eksekutif Perbankan Pelaburan di CISCO, Ketua Institusi Pengurusan Kekayaan di BOC dan Naib Presiden Barclays pada tahun-tahun sebelum beliau menyertai XM.

Pambos merupakan Penganalisis Kewangan Bertauliah dan ahli persatuan CFA.

Peter McGuire – Ketua Pegawai Eksekutif – XM Australia

Peter McGuire adalah Ketua Pegawai Eksekutif XM Australia dan merupakan pengurus yang bertanggungjawab untuk Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia. Beliau datang ke XM bersama-sama lebih 20 tahun pengalaman dari industri perkhidmatan kewangan dan pasaran hartanah. Peter bertanggungjawab mewakili XM sebagai pengulas tetap di beberapa media utama dunia termasuk Bloomberg, CNBC dan Sky TV setiap minggu di mana beliau berhubung melalui Sydney, tempat beliau tinggal.

Peter mempunyai kelulusan dalam Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan dari University of Technology Sydney. Beliau memiliki Sijil Siswazah Perniagaan / Pengurusan Risiko dari University of New South Wales dan juga merupakan siswazah Program Pengurusan Lanjutan, dari The Wharton School of Business, University of Pennsylvania, USA.

Peter adalah komunikator yang berkesan, merupakan pembentang persidangan dan media untuk industri perkhidmatan kewangan dan telah membentang kepada pendengar di Manila, Sydney, Singapore, Tokyo, Mumbai, Berlin, New York, Hong Kong, Shanghai dan Beijing

Polisi Cookie: XM.COM menggunakan cookie, dan terus menggunakan laman web ini bermakna anda bersetuju dengannya. Untuk maklumat lanjut sila baca Pendedahan Cookie.