Temui XM pada Acara Kewangan di Portugal dan Sepanyol

Disiarkn di 29/10/2019 13:13 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Mewujudkan peluang untuk bertemu dengan pelanggan kami secara peribadi, tidak kira di mana sahaja dan mengambil bahagian secara aktif dalam mana-mana acara yang kami boleh membina rangkaian dengan individu yang mempunyai minat dalam pelaburan atas talian merupakan asas teras kami di XM.

Sukacitanya ingin diumumkan bahawa antara 5 – 30 November 2019, XM akan menghadiri sebanyak empat acara di Eropah, yang setiapnya khusus untuk membawa pelabur individu lebih dekat dengan dunia kewangan dan aktiviti pelaburan atas talian.

Mendidik lebih ramai pedagang dan menawarkan peluang kepada individu yang semakin meningkat dengan mengembangkan kemahiran dagangan mereka sebelum mereka menceburi daganga forex adalah menjadi kepercayaan kami. Acara akan datang di mana XM akan hadir, berkongsi kepercayaan yang sama.

Empat siri kongres dan forum dagangan interkatif secara berturut-turut, di mana kami sangat berbesar hati untuk bertemu dengan pelanggan sedia ada kami dan semua yang mempunyai persamaan untuk berdagang atas talian dan yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dagangan ke tahap yang lebih tinggi seperti yang berikut:

  • Rankia Markets Experience Lisboa – Tivoli Avenida Liberdade Lisboa – Lisbon, Portugal – 5 Nov.
  • Rankia Markets Experience Madrid – Hotel Ilunion Pío XII – Madrid, Sepanyol – 9 Nov.
  • Congreso Financiero Foro Trading – Club de Prensa Diario Levante – València, Sepanyol – 28 Nov.
  • BullMarket 2019 – Hotel Ilunion Pío XII – Madrid, Sepanyol – 30 Nov.

Di Portugal dan Sepanyol, ahli kakitangan kami yang akan menghadiri pada acara ini tidak sabar-sabar untuk bertukar pendapat dengan pengunjung acara yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan produk yang XM tawarkan. Selain itu, untuk menampung keperluan mereka yang masih baru dalam dunia forex, kami membawakan penceramah jemputan kami yang akan menyampaikan maklumat berharga kepada semua orang yang percaya bahawa ilmu pengetahuan yang betul datangnya daripada pendidikan.

Temui kami di sana! Kami berharap untuk bertemu dengan anda semua pada acara yang berhampiran dengan kawasan anda.