Biografi

Mohd Helmi Izani

Mohd Helmi Izani merupakan seorang pelabur online sepenuh masa sejak tahun 2012 dan beliau telah mengumpulkan pengalaman selama beberapa tahun melatih ratusan pedagang di Malaysia setakat ini.

Sebagai pengasas Ingenious Trading Mastery, Helmi Izani bukan sahaja memberi fokus kepada peningkatan kemahiran dagangan untuk pelabur online di Malaysia malah beliau turut membantu mereka membangunkan strategi dagangan untuk mendapatkan dagangan yang lebih berkesan.

Helmi Izani telah memberikan pendidikan forex yang ekstensif kepada pedagang di seluruh Malaysia dengan tumpuan khusus diberikan kepada penggunaan analisis fundamental dan teknikal serta teknik pengurusan risiko yang sesuai.

Helmi Izani memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Automotif Mekanikal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Kekuatan profesional beliau terletak pada keupayaan untuk menggunakan kepintaran perniagaannya dalam memahami ilmu dan kemahiran dalam industri forex. Bukan itu sahaja, beliau menyusun dan menyampaikan program pendidikan tersendiri yang berfungsi bukan sekadar medium pembelajaran semata-mata tetapi turut memberi motivasi kepada pelajarnya untuk membangunkan strategi dagangan individu berdasarkan matlamat pelaburan mereka.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.