Siri Seminar Forex XM yang Akan Datang di Amerika Latin pada Tahun 2019

Disiarkn di 27/12/2018 08:45 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami dengan sukacitanya memaklumkan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan kami bahawa seminar dagangan forex akan diadakan dengan lebih kerap lagi ke seluruh Amerika Latin bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi dan ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mempelajari pengetahuan dagangan yang kukuh untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Siri acara pendidikan ini ditawarkan secara percuma kepada pelanggan-pelanggan XM bermula di Bogotá, Colombia pada 9 Februari dan Lima, Peru pada 16 Februari dan diikuti oleh banyak lagi destinasi di seluruh Amerika Latin.

Kedua-dua acara tersebut akan disampaikan oleh penyampai seminar yang terkenal daripada Tradepedia iaitu Jarek Duque yang akan mempersembahkan dua topik relevan di Bogotá yang bertajuk Ichimoku Kinko Hyo – Indikator Semua dalam Satu untuk Forex, sementara di Lima dengan tajuk Indikator Avramis Swing dan Pertukaran Trend.

Bagi pelabur atas talian yang berhasrat untuk memperoleh pengetahuan yang berpanjangan dan yang paling penting dapat memahami penggunaan teknik dagangan dalam dagangan swing, kedua-dua seminar ini menawarkan strategi yang serba boleh. Bersama-sama dengan teknik dagangan yang perlu diketahui oleh setiap pedagang yang berazam untuk membawa amalan dagangan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, penyampaian Jarek Duque mengandungi lebih banyak latihan daripada teori dan dengan itu membawa maklumat yang relevan tentang bagaimana untuk menjadi lebih berjaya dalam dagangan forex.

Untuk maklumat lanjut berkenaan seminar dan mendaftar untuk memilih tarikh dan lokasi, sila klik sini.