Destinasi Seminar Forex Seterusnya: Jordan

Disiarkn di 14/03/2019 08:48 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 13 April, wakil syarikat kami bersama-sama Senior Market Strategist Tradepedia, Habib Akiki sekali lagi akan ke ibu negara Jordan, Amman dengan membawakan seminar dagangan forex untuk pelabur atas talian yang berhasrat mengembangkan kemahiran dagangan dengan bantuan program pendidikan yang disediakan oleh XM.

Semua pelanggan baru dan sedia ada kami yang teruja untuk memperolehi maklumat berharga mengenai penggunaan indikator teknikal dan candlestick Jepun, juga dapat bertemu dengan wakil XM di Amman dan ini merupakan peluang yang baik untuk menyertai seminar kami yang akan datang.

Dianjurkan di Grand Millennium Hotel, sukatan pelajaran seminar ini merangkumi satu siri maklumat yang sangat berguna mengenai Pengenalan kepada Avramis River dan Candle Pertukaran. Beberapa soalan yang penting akan dihurai oleh Habib Akiki, yang akan memperkenalkan peserta seminar dengan penggunaan indikator Avramis River dan candlestick Jepun, yang semuanya berguna dalam menilai kekuatan trend, mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan dan mencari titik entri dan keluar pasaran apabila berdagang pada instrumen kewangan yang berbeza.

Sila baca lebih lanjut mengenai seminar yang akan datang dan daftar untuk menghadiri seminar ini secara percuma.