Seminar Forex Seterusnya Berlabuh di Thailand: Bangkok dan Chiang Mai

Disiarkn di 20/05/2019 08:52 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan-bulan yang akan datang, XM akan meneruskan siri-siri seminar forex ke seluruh Thailand untuk membantu keperluan dan kepentingan pedagang runcit yang berkeinginan untuk memperoleh pengetahuan mendalam mengenai amalan dagangan atas talian.

Lokasi seminar yang akan datang di mana ahli pasukan kami bersama instruktor profesional dan penceramah seminar iaitu Sompop Jittrakul, akan berada di Bangkok dan Chiang Mai pada 13 dan 27 Julai.

Di setiap lokasi seminar, Sompop Jittrakul akan menyampaikan pembentangan khusus mengenai penggunaan tepat terhadap indikator teknikal serta menunjukkan indikator khusus seperti Ichimoku Kinko Hyo atau Avramis River yang dapat menambah dimensi berbeza untuk memahami dan mentafsir corak harga pasaran.

Sesi pagi dan petang seminar tersebut akan memperuntukkan masa yang cukup yang banyak kepada para peserta untuk memperoleh pemahaman yang baik tentang cara mengesan isyarat jual dan beli pada carta, menggabungkan Ichimoku dan Avramis River, mengenal pasti trend instrumen yang kuat dan lemah serta dengan mudah mengesan tahap sokongan-rintangan.

Ianya terbuka dengan pendaftaran secara percuma untuk semua pelanggan baru dan sedia ada kami, seminar ini dinantikan oleh semua orang yang menginginkan belajar daripada yang terbaik.

Klik sini untuk maklumat lanjut dan mendaftar ke seminar kami.