Mendekati Kanak-Kanak yang Memerlukan – Acara Kebajikan XM di Manila

Disiarkn di 02/12/2019 08:50 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Bergabung tenaga dengan pertubuhan amal antarabangsa yang berkhidmat untuk kebajikan kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam aktiviti kemanusiaan XM.

Tidak lama selepas sumbangan amal baru-baru ini di ibu negara Malaysia, kami telah menganjurkan acara serupa di Manila pada bulan November dengan kerjasama Yayasan Virlanie bukan untung tempatan yang kini menjadi tempat perlindungan dan bantuan ratusan kanak-kanak jalanan di Filipina.

Ahli kakitangan kami yang berdedikasi yang telah bertemu dengan penjaga tempatan Virlanie pada 25 November yang lalu, telah menyalurkan sumbangan sejumlah besar bekalan makanan, kebersihan, pencucian dan pakaian kepada Masaya Home milik yayasan untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup harian kanak-kanak tempatan. Dengan harapan bahawa sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberikan nilai positif kepada kehidupan kanak-kanak yang tidak bernasib baik di Filipina, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Virlanie untuk layanan dan kesediaan mereka untuk terus bekerjsama bagi tujuan yang murni ini.

Dengan lebih daripada tiga juta orang gelandangan termasuk jumlah yang mengejutkan, lebih daripada 1.5 juta kanak-kanak jalanan di Filipina, setiap sumbangan adalah berharga. Anak-anak muda yang terlibat secara langsung terdedah kepada masalah kesihatan yang serius, dadah dan pelacuran. Pertubuhan amal seperti Virlanie mengambil inisiatif tambahan untuk mengumpul dana yang diperlukan bagi kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun yang sangat memerlukan perlindungan berorientasikan keluarga. Dengan XM di pihak mereka, kini usaha mereka telah diperkukuhkan.