Akan Datang: Seminar Dagangan CFD di Thailand

Disiarkn di 04/01/2018 14:22 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Februari 2018, XM akan menganjurkan seminar percuma di Bangkok dan Chiang Mai, Thailand untuk dagangan CFD dan kami menanti kehadiran pelabur yang berminat untuk belajar tentang pelaburan online yang popular ini.

Seminar yang akan berlangsung di Bangkok pada 17 Februari dan Chiang Mai pada 24 Februari nanti direka untuk memberi maklumat praktikal sebanyak mungkin tentang dagangan CFD kepada pedagang yang masih baru serta mereka yang berminat untuk mendapatkan kefahaman tentang cara dagangan CFD (Kontrak Perbezaan) untuk saham, indeks, logam dan tenaga pada platform MT5 XM.

Di setiap lokasi, Avramis Despotis dan Sompop Jittrakul akan memberi penjelasan terperinci untuk pasaran CFD secara umum dan peluang pelaburan CFD secara khusus untuk pedagang runcit.

Peserta seminar bakal mengetahui idea-idea penting berkaitan dagangan CFD, cara menggunakan alat analisa teknikal (tumpuan kepada teknik Moving Average Ribbon) untuk menilai pergerakan harga dan mengenalpasti poin entri dan keluar yang optimum.

Seperti biasa, kami mengalu-alukan kehadiran mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dagangan mereka melalui pendidikan profesional di XM yang akan dijalankan di dua buah bandar di Thai ini.

Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di sini untuk tarikh dan tempat yang anda inginkan.