Seminar Forex Khas XM Diadakan di Bangkok

Disiarkn di 10/07/2019 08:24 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 6 Julai yang lalu, kami berkesempatan untuk kembali semula ke ibu kota Thailand untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami ke seminar dagangan forex percuma yang telah diadakan di premis The Athenee Hotel, a Luxury Collection Hotel, Bangkok.

Seminar kami menampilkan tiga penceramah forex profesional yang terkemuka di Thailand iaitu Kriengkrai Jermpatjanya, Sompop Jittrakul dan Feungtot Paitivetwanakit, yang setiap daripada mereka menyampaikan pembentangan mengenai topik tertentu yang berkaitan dengan teknik-teknik dagangan forex.

Tiga sesi seminar ini saling melengkapi antara satu sama lain dari segi perincian yang disampaikan, menawarkan peserta seminar kami mengenai pemahaman terhadap teknik pengurusan risiko, alat analisis teknikal dan cara-cara untuk membina strategi dagangan mengikut gaya dagangan individu dan matlamat pelaburan pedagang.

Penyampaian bersama tiga instruktor profesional ini menekankan beberapa aspek berkaitan pelaburan atas talian yang boleh boleh digabungkan dengan berjaya untuk mencapai pendekatan yang teratur kepada amalan dagangan dan boleh memperoleh hasil yang lebih mampan.

Seminar kami diakhiri dengan undian cabutan bertuah dan kepada para pemenang kami mengucapkan sekalung tahniah dan hadiah-hadiahnya boleh dilihat di bawah.

Pemenang Cabutan Bertuah

Hadiah ID Akaun MT4/MT5
Hadiah Pertama: baucar emas bernilai 600 USD 13196638
Hadiah Ke-2: 600 USD tunai 46066245
Hadiah Ke-3: 600 USD tunai 17145502

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah meluangkan masa untuk menghadiri seminar kami dan mengembangkan kemahiran dagangan mereka dengan pendidikan forex XM.

Untuk membaca lebih lanjut tentang seminar kami yang akan datang di Thailand dan untuk mendaftar lebih awal ke seminar pilihan anda, sila klik sini.