Bermula pada Bulan Februari 2019: Siri Seminar Forex Percuma di Thailand

Disiarkn di 03/01/2019 10:37 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Demi mengekalkan komitmen kami untuk menyediakan pendidikan forex secara profesional kepada pelabur atas talian di beberapa benua secara berterusan, pada tahun 2019, kami sekali lagi akan meneruskan siri seminar kami di Asia Tenggara termasuk Thailand pada bulan Februari ini.

Pengajar forex terkenal, Sompop Jittrakul bersama-sama wakil syarikat XM telah bersedia untuk menganjurkan seminar dan bertemu secara langsung dengan mereka yang mahu memperoleh pengetahuan lebih lanjut tentang teknik pelaburan dalam talian untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Seminar yang bertajuk Pertukaran Trend Avramis dan Strategi Breakout akan diadakan di ibu kota Thailand, Bangkok pada 2 Februari dan di Chiang Mai pada 16 Februari dengan lebih banyak lokasi lagi. Di kedua-dua lokasi seminar, semua pelanggan XM yang sedia ada dan baru akan berpeluang menerima panduan profesional tentang bagaimana alatan analisis teknikal boleh digunakan untuk meningkatkan hasil dagangan dan yang paling istimewa adalah kepentingan pertukaran dan breakout trend.

Sebahagian besar pembentangan Sompop Jittrakul adalah alatan hak milik Tradepedia yang dikenali sebagai strategi breakout Avramis dan strategi pertukaran trend Avramis yang kedua-duanya adalah berdasarkan penggunaan Indikator Lanjutan Avramis Swing dan Indikator Pengurusan Risiko Avramis yang direka untuk penilaian trend dan pengurusan risiko.

Untuk butiran lanjut dan pendaftaran seminar yang akan datang di Bangkok dan Chiang Mai tidak lama lagi, sila klik sini. Kami juga mengesyorkan anda agar sentiasa menyemak maklumat terkini yang disiarkan di dalam laman web kami memandangkan banyak lagi lokasi seminar baru yang akan diadakan di Thailand.