Dokumen Maklumat Penting – AD.AS

Dokumen Maklumat Penting

Tujuan "Dokumen Maklumat Penting" (KID): KID memberikan anda maklumat penting tentang produk pelaburan yang dijelaskan dalam bahagian seterusnya. Ia bukan satu bahan pemasaran. Maklumat ini dikehendaki oleh undang-undang untuk membantu anda memahami sifat, risiko, kos, potensi keuntungan dan kerugian Produk dan membantu anda untuk membuat perbandingan dengan produk lain.

Produk - Kontrak Perbezaan (CFD) untuk AholdDelhaize

Produk ini boleh didagangkan secara "Over The Counter" (OTC).

Pengeluar PRIIP:

  • Nama: Trading Point of Financial Instruments Ltd ("Syarikat")
  • Laman web:xm.com
  • No telefon untuk maklumat lanjut: +357 25029933
  • Badan Pengawal Selia: Suruhanjaya Pertukaran dan Keselamatan Cyprus ("CySec")

Dokumen Maklumat Utama ini dikemas kini pada 01.01.2019.

Anda bakal membeli Produk yang tidak ringkas dan mungkin sukar untuk difahami.

Apakah produk ini?

  • Jenis

    Produk ini adalah instrumen kewangan yang dikategorikan sebagai: CFD untuk stocks.

  • Objektif

    Produk ini membentuk pendedahan berleverage pada pergerakan nilai aset pendasar (seperti AholdDelhaize stocks).
    Pulangannya dipengaruhi oleh harga dan pergerakan turun naik aset pendasar, tahap leverage yang digunakan oleh pelabur dan kos yang berkaitan dalam dagangan. Harga aset pendasar didorong oleh penawaran dan permintaan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti peristiwa politik penting (seperti pilihan raya, referendum, dll.), pengumuman bank pusat, perkembangan ekonomi dan geopolitik serta tingkah laku pelabur.
    Produk ini TIDAK mempunyai tempoh pegangan minimum.

  • Pelabur runcit yang dimaksudkan

    Dagangan untuk produk ini tidak sesuai untuk semua individu. Produk ini kebiasaannya digunakan oleh mereka yang ingin; mendapatkan pendedahan jangka pendek instrumen/pasaran kewangan, menggunakan (berdagang dengan) duit yang sanggup untuk rugi, memiliki portfolio pelaburan dan simpanan yang pelbagai, mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan memahami risiko dan impak berkaitan dagangan margin.

  • Terma

    Produk ini tidak mempunyai tarikh matang atau tamat tempoh.

Apakah risiko dan pulangan yang ada?

Indikator Tahap Risiko (SRI):

SRI adalah panduan tahap risiko Produk yang dibandingkan dengan produk lain. Ia menunjukkan kebarangkalian Produk untuk menanggung kerugian dari pergerakan pasaran. Kami telah mengkelaskan Produk ini sebagai 7 dari 7, iaitu kelas risiko tertinggi.

Anda mungkin kehilangan semua pelaburan anda melainkan anda menetapkan had kerugian kewangan (‘Henti Rugi’) pada pelaburan anda. Selain itu, pelaburan mungkin hilang jika Syarikat tidak mampu membayar jumlah pelaburan tersebut. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan manfaat dari skim perlindungan pengguna (lihat bahagian "apa yang berlaku jika kami gagal membuat pembayaran"). Pelaburan tambahan untuk modal asal pelaburan anda mungkin diperlukan untuk mengelakkan posisi terbuka anda ditutup.

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
Risiko rendah Risiko Tinggi

Produk ini memiliki kecairan yang sangat tinggi dan Syarikat tidak menetapkan sebarang tempoh pegangan untuk mana-mana posisi belian atau jualan. Pelanggan bebas untuk membuka/menutup posisi dagangan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai ketika pasaran sedang dibuka.

Senario Prestasi

Senario yang ditunjukkan dalam jadual 2 menunjukkan keadaan pelaburan berdasarkan data sebelum ini. Senario prestasi adalah anggaran prestasi masa hadapan berdasarkan data produk sebelum ini. Ia BUKAN satu indikator tepat dan prestasi mungkin berbeza bergantung kepada keadaan pasaran dan berapa lama tempoh anda memegang CFD tersebut. Senario teruk menunjukkan senario yang sangat tidak diingini berdasarkan data sebelum ini. Kerugian maksimum ialah kehilangan semua pelaburan anda. Keputusan prestasi adalah bersih daripada semua kos produk tetapi belum mengambil kira kos percukaian individu.

Prestasi dan risiko berkaitan produk ini bergantung kepada beberapa faktor di mana sebahagiannya ditentukan oleh pelanggan seperti leverage akaun, penggunaan leverage dan tempoh pegangan.

Andaian yang digunakan dalam analisa prestasi dijelaskan seperti di bawah:

CFD untuk AholdDelhaize

Jadual 1
Pelaburan
€1,000
Tempoh Pegangan
1 Day
Nilai Dagangan Nosional
€5,000
Leverage
5
Keperluan Margin
€1,000
Margin Digunakan
€1,000
Pelanggan menggunakan sepenuhnya margin pada platform dagangan

Senario

Jadual 2
Senario Prestasi Belian
Baik
Baki €1,054.60
Pulangan + 5%
Untung/Rugi + €54.60
Sederhana
Baki €993.36
Pulangan - 1%
Untung/Rugi - €6.64
Tidak Baik
Baki €925.52
Pulangan - 7%
Untung/Rugi - €74.48
Teruk
Baki €884.80
Pulangan - 12%
Untung/Rugi - €115.20
Senario Prestasi Jualan
Baik
Baki €1,055.97
Pulangan + 6%
Untung/Rugi + €55.97
Sederhana
Baki €983.13
Pulangan - 2%
Untung/Rugi - €16.87
Tidak Baik
Baki €927.43
Pulangan - 7%
Untung/Rugi - €72.57
Teruk
Baki €911.41
Pulangan - 9%
Untung/Rugi - €88.59
Senario prestasi di atas dikira berdasarkan metodologi yang disediakan oleh ESMA.

Apa yang akan berlaku jika Trading Point of Financial Instruments Ltd gagal membuat pembayaran?

Semua wang pelanggan yang dipegang oleh Syarikat diletakkan dalam akaun bank berasingan, terpisah dari dana persendirian Syarikat dan dilindungi oleh institusi kredit bereputasi tinggi di Eropah. Setiap hari, Syarikat melakukan penyesuaian luaran dan dalaman sebagaimana yang dikehendaki oleh CySEC dan ditetapkan oleh peraturan MiFID II untuk memastikan Syarikat mengekalkan jumlah yang mencukupi dalam akaun kewangan pelanggan untuk melindungi semua dana pelanggan.

Dalam situasi tidak diingini di mana Syarikat tidak dapat membuat bayaran kepada anda, pelanggan boleh menghubungi Dana Pampasan Pelabur ("ICF"). ICF adalah pilihan dana perundangan Cyprus terakhir untuk pelanggan di bawah Firma Pelaburan Cyprus ("CIFs"). Ini bermakna ICF boleh membayar pampasan sehingga €20,000 untuk setiap pelanggan yang layak jika Syarikat tidak dapat memenuhi obligasi kewangannya. Jumlah sebenar pampasan yang akan dibayar oleh ICF bergantung kepada tuntutan anda. ICF ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Investment Services and Activities and Regulated Markets Law of 2007, di mana Syarikat adalah sebahagian daripadanya yang dilesenkan dan dikawal selia oleh CySEC (No Lesen: 120/10).

Apakah kos yang dikenakan?

Jadual ini menunjukkan jenis kategori kos yang berbeza
Tunai dan Niaga Hadapan Kos untuk sekali entri atau keluar
Komisen Tidak berkaitan
Spread Perbezaan di antara harga beli dan harga jual disebut spread. Kos ini dikenakan setiap kali anda membuka dan menutup dagangan. Maklumat tentang spread boleh didapati di laman web Syarikat
Tunai sahaja Kos berterusan
Kos Pegangan Harian (Swap) Yuran dikenakan pada akaun anda untuk setiap malam posisi dipegang. Ini bermakna semakin lama anda memegang satu-satu posisi, semakin tinggi kos yang dikenakan. Maklumat tentang swap boleh didapati di laman web Syarikat

Berapa lama saya patut memegang posisi dan bolehkah saya mengeluarkan dana lebih awal?

Dagangan produk CFD melibatkan risiko yang tinggi disebabkan oleh pergerakan pasaran dan perubahan harga yang kerap. Pelanggan bebas untuk membuka/menutup posisi dagangan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dengan syarat pasaran sedang dibuka. Syarikat tidak menetapkan tempoh pegangan untuk mana-mana posisi tidak kira sama ada ia satu posisi belian atau jualan. Pelanggan boleh memilih untuk menetapkan 'Henti Rugi' atau 'Ambil Untung' pada dagangan mereka untuk meminimumkan risiko pergerakan besar yang tidak dijangka.

Pelanggan boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan baki jika mereka ingin berbuat demikian sekiranya tiada posisi terbuka di dalam akaun dagangan mereka. Jika terdapat posisi terbuka, pelanggan boleh mengeluarkan sebarang jumlah lebihan dari margin yang diperlukan untuk dagangan tersebut iaitu 'margin bebas'. Semua permintaan pengeluaran boleh dibuat di 'Ruang Keahlian' pada laman web Syarikat.

Bagaimana saya boleh membuat aduan?

  • Langkah-langkah untuk membuat aduan Pelanggan yang ingin menghantar aduan hendaklah menghantar borang aduan kepada alamat emel di bawah berserta dengan maklumat yang diperlukan.
  • Alamat emel: complaints@xm.com

Borang aduan boleh didapati di "Ruang Keahlian" pada laman web Syarikat.

Maklumat lain yang berkenaan

Ia adalah satu kehendak undang-undang untuk Syarikat menyediakan dokumen dan polisi berikut kepada pelanggannya:

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.