Kejayaan Seminar Dagangan Forex XM di Bogotá

Disiarkn di 05/03/2020 13:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Siri seminar forex percuma yang XM mulakan pada tahun 2020 di Amerika Latin telah dilangsungkan di lokasi pertamanya di Bogotá, pada 22 Februari, di mana kami telah kembali untuk menawarkan pelabur atas talian dengan peluang yang lebih besar untuk pendidikan forex profesional.

Dianjurkan di premis Hotel Sheraton Bogotá, seminar yang bertajuk Indikator Teknikal, Oscillator dan Japanese Candlesticks menampilkan penyampaian bersama oleh pakar pasaran terkenal yang memperkenalkan para tetamu kami dengan penggunaan beberapa alat analisis teknikal yang sering diguna pakai.

Dengan berkongsi pengalaman dagangan mereka bersama para penonton, penceramah seminar Jarek Duque dan Felipe Erazo bertujuan untuk membawa tetamu acara lebih dekat dengan korelasi paling intrinsik pasaran global dan teknik yang paling berkesan untuk digunakan bagi hasil pelaburan yang lebih berjaya.

Seminar ini merangkumi satu panduan lengkap untuk meletakkan analisis teknikal untuk digunakan dengan baik daripada segi menilai kekuatan aliran pasaran, menentukan instrumen mana untuk dilabur dan memutuskan bila untuk masuk atau keluar pasaran dengan pendedahan risiko yang minimum. Selain itu, contoh-contoh praktikal yang dilengkapi oleh teori di mana dapat membantu peserta seminar juga diperlihatkan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada tetamu seminar kami kerana mengambil bahagian dalam seminar XM dan memandangkan siri acara pendidikan kami diteruskan di beberapa negara Amerika Latin, kami berharap dapat bertemu dengan semua orang secara empat mata berhubung perkara berkenaan pendidikan forex.

Untuk melihat lokasi acara dan topik untuk acara yang akan datang -> klik sini.