Kejayaan Seminar Forex XM di Chiang Rai dan Chonburi

Disiarkn di 29/05/2019 09:24 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Mei ini, siri seminar forex XM telah berkunjung kedua bandar di Thailand di mana kami merasa sangat gembira mengalu-alukan kedatangan sejumlah besar pedagang runcit yang telah menyertai acara pendidikan di Chiang Rai pada 11 Mei dan kemudiannya di Chonburi pada 25 Mei.

Di kedua-dua bandar yang dikunjungi, instruktor forex Sompop Jittrakul telah menerangkan penggunaan strategi penembusan dan pertukaran trend kepada para hadirin secara terperinci dan menunjukkan bagaimana teknik-teknik analisis teknikal yang berbeza boleh digunakan untuk melihat perubahan arah harga bagi instrumen kewangan yang berbeza.

Tajuk seminar adalah Strategi Penembusan dan Pertukaran Trend Avramis merangkumi semua maklumat yang diperlukan berkaitan dengan penggunaan alatan dagangan yang efisien seperti Indikator Swing Avramis atau Indikator Pengurusan Risiko Avramis yang boleh membantu para pelabur atas talian meramal kekuatan aliran pasaran, analisis sentimen pasaran dan akhir sekali menerapkan pengurusan risiko yang betul untuk jangka masa panjang.
Kepada semua yang memilih untuk menghadiri seminar XM di Chiang Rai dan Chonburi, objektif utama penyampaian sukatan pelajaran adalah menyediakan strategi dan teknik dagangan yang mudah untuk digunakan secara praktikal yang mempunyai potensi untuk memberikan hasil positif kepada hasil dagangan.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan baru dan sedia ada di setiap bandar yang telah kami kunjungi dan kami juga ingin menjemput para pedagang ke acara pendidikan forex yang seterusnya di lokasi-lokasi lain di Thailand.

Untuk butiran lanjut tentang seminar yang akan datang di Phitsanulok dan Udon Thani, sila klik sini.