Siri Seminar Musim Panas 2018 Berakhir Dengan Kejayaan di Thailand

Disiarkn di 03/10/2018 07:20 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Baru-baru ini XM telah menyempurnakan satu lagi siri seminar intensif dagangan forex di Thailand yang telah menjangkaui di lapan destinasi berbeza di negara Asia Tenggara sejak bulan Jun.

Tiga seminar terakhir adalah di Khon Kaen pada 1 September, Ubon Ratchathani pada 15 September dan Chiang Rai pada 29 September, di mana semua yang telah menyertai seminar ini berpeluang untuk mempelajari maklumat yang berharga daripada tenaga pengajar Thailand yang profesional dan dihormati iaitu, Sompop Jittrakul.

Topik seminar yang disampaikan adalah salah satu yang sangat berguna dalam dagangan forex atas talian iaitu penggunaan indikator teknikal dan carta dalam dagangan forex atas talian bersama-sama alat analisis teknikal khusus yang dibangunkan oleh akademi dagangan Tradepedia.

Dengan mengikuti garis panduan yang mudah, bersama contoh kehidupan sebenar dan pelbagai senario dagangan yang berguna dapat di atasi, Sompop Jittrakul memulakan acara dengan penggunaan beberapa alat analisis teknikal yang paling berkesan bagi membantu para pedagang untuk mengesan pembalikan trend dan penembusan harga.

Oleh kerana menggunakan analisis teknikal hanya berfungsi sekiranya ia menjadi sebahagian daripada strategi dagangan pelabur atas talian, Sompop Jittrakul juga menerangkan kepada hadirin bagaimana untuk membangunkan strategi dagangan yang selari dengan gaya dagangan individu, matlamat dagangan dan tahap pengurusan wang.

Untuk melihat bagaimana teori berfungsi dalam penggunaannya, bagi semua yang menghadiri seminar kami, Sompop Jittrakul menunjukkan penggunaan dua alat analisis teknikal khusus iaitu Avramis Swing Indicator dan Avramis Risk Management Indicator.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu seminar kami yang diberi kesempatan mengalu-alukan kedatangan mereka di setiap lokasi acara kami.

Memandangkan seminar percuma akan diteruskan di Thailand pada bulan-bulan yang akan datang, kami ingin menjemput pedagang atas talian yang berminat untuk mempelajari tentang dagangan forex ke acara kami yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.