Tiga Tahun Misi Amal XM di Uganda

Disiarkn di 22/11/2019 12:38 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada tahun 2017, XM telah memulakan misi amal dalam skala yang besar dengan tujuan menderma dana dan membantu komuniti setempat melalui bantuan kemanusiaan di daerah Wakiso, Uganda.

Dalam usaha bersama untuk meringankan beban kanak-kanak yang kurang mampu dan membantu keluarga mereka, XM telah menjalinkan kerjasama dengan Pastor Antonios Mutyaba, paderi tempatan yang berdedikasi untuk membentuk masa depan masyarakatnya serta organisasi kebajikan Loving Hands.

Tahun demi tahun, XM telah mengharungi beberapa misi ke Wakiso untuk melakukan sumbangan, mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dan akhir sekali membina sesuatu perubahan yang diperlukan yang telah lama dinanti-nantikan dalam kehidupan.

Agenda utama XM Misi Uganda: Mewujudkan Peluang Sama Rata adalah seperti berikut:

  • Pembinaan blok Sekolah Rendah Aristotle di Wakiso pada tahun 2017 untuk kanak-kanak Sekolah Rendah Rakan Muda di Wakiso
  • Mengumpul dan mendermakan wang kepada komuniti rumah anak yatim tempatan Wakiso melalui sarapan tengah hari kebajikan pekerja XM
  • Menjana wang daripada hasil jualan buatan kraf tangan Uganda melalui pasaran kraf dalaman
  • Perasmian blok Sekolah Rendah Aristotle dan mendermakan wang, makanan dan pakaian kepada masyarakat setempat di Monde dan Wakiso
  • Bergabung tenaga dengan organisasi kebajikan Loving Hands untuk membantu lebih banyak sekolah dan pendidikan kepada lebih banyak kanak-kanak di seluruh Uganda
  • Mula menawarkan peluang latihan di XM kepada pelajar dari Uganda
  • Inisiatif menjana wang untuk menampung keperluan kepada lebih daripada 70 kanak-kanak perempuan di Rumah Anak Yatim St. Antonios di Monde
  • Pembinaan ruang dapur tambahan kepada Rumah Anak Yatim St. Antonios di Monde

Oktober ini, kami telah mengunjungi semula mukim di Uganda bersama-sama dengan wakil daripada Yayasan Loving Hands untuk meraikan pembinaan dan penyediaan dapur baru untuk Rumah Anak Yatim Saint Antonios di Monde, serta membawa bersama bekalan makanan kepada masyarakat setempat. Selain itu, kali ini kami menjemput seorang pakar pediatrik dari Cyprus, Dr Argyris Argyrou, bagi menemani kami dalam perjalanan ke Uganda yang telah memberi vaksinasi kepada kanak-kanak dan orang dewasa tempatan serta menyediakan pendidikan kebersihan yang dapat membantu mereka memperbaiki rutin kehidupan harian mereka dari segi peribadi, air, makanan dan kebersihan domestik.

Bagi XM matlamatnya adalah untuk melakukan perubahan: menambah makna dan nilai kepada kehidupan individu dan membawa perubahan yang membentuk masa depan. Misi kebajikan besar-besaran kami di Uganda kini menjangkau tiga tahun – aktiviti kebajikan tiga tahun yang telah berkembang pesat menjadikan satu projek kemanusiaan dan telah didorong oleh semangat dan tanggungjawab oleh kebanyakan orang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu kami merealisasikan perkara ini menjadi kenyataan.