Seminar Forex XM Dianjurkan di Beberapa Bandar Thailand

Disiarkn di 03/05/2019 09:08 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Untuk menjangkau lebih ramai pelabur runcit yang menginginkan pendidikan percuma XM, baru-baru ini kami telah menganjurkan seminar pendidikan ke seluruh bandar-bandar Thailand yang lain pada musim bunga.

Antara 6 dan 27 April, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke siri seminar kami yang bertajuk Strategi Pertukaran Trend dan Penembusan Avramis di Ubon Ratchathani, Khon Kaen dan Phuket, di mana tenaga pengajar forex XM Sompop Jittrakul telah membimbing para peserta dalam penggunaan satu set alat dagangan yang efisyen.

Di setiap lokasi acara, seminar ini terbukti menjadi peluang terbaik kepada pedagang yang berhasrat untuk mempelajari tentang teknik-teknik mengikuti trend dengan cara yang sistematik, memberikan mereka maklumat yang berguna dan nasihat praktikal mengenai penggunaan beberapa indikator teknikal untuk hasil dagangan yang lebih baik.

Selain daripada gambaran keseluruhan pasaran global dan faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan harga terhadap instrumen kewangan, Sompop Jittrakul memberikan pandangan yang mendalam mengenai alat dagangan yang paling cekap yang digunakan untuk meramal pasaran, analisis sentimen pasaran serta kelebihan yang terdapat pada beberapa indikator teknikal Tradepedia yang ditawarkan kepada para pedagang dalam mengenal pasti kekuatan dan kualiti trend.

Bagi pihak XM, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri seminar di setiap bandar Thailand dan kami ingin menjemput pelanggan baru dan sedia ada kami ke lebih banyak acara pendidikan yang akan diadakan tidak lama lagi di seluruh Thailand.

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar forex XM yang akan datang, sila klik sini.