XM Merangkul Dua Anugerah daripada World Finance Awards 2020

Disiarkn di 15/04/2020 07:12 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Tahun 2020 berterusan membawa XM dengan menerima lebih banyak penghargaan untuk tahap piawaian tertinggi syarikat terhadap perkhidmatan dan produk yang disediakan untuk pelanggan di seluruh dunia. Buat kali keempat berturut-turut, World Finance yang berpangkalan di UK telah menyampaikan dua anugerah yang penting kepada XM: Broker FX Terbaik di Eropah dan Broker FX Terbaik di Australasia.

Penerimaan penghargaan berganda daripada World Finance Awards 2020 memberi jaminan kepada kami bahawa usaha kami untuk berkhidmat kepada pelanggan XM di kawasan Eropah dan Australasia dengan integriti dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pelanggan berpusatkan manusia kami terus mempunyai resonans perniagaan antarabangsa.

Di XM kami tahu bahawa teknologi tinggi hari ini dan pilihan saluran pelaburan yang luas menjadikan sesuatu lebih mudah untuk diperolehi. Ketelusan perniagaan dan faktor manusia adalah tunjang utama terhadap apa yang diharapkan oleh pelanggan. Oleh itu, dengan keupayaan terbaik kami bagi mengekalkan supaya ia terus berkembang pada tahun-tahun yang mendatang agar dapat memberikan kepentingan terbaik kepada pelanggan kami.

Mengenai World Finance

World Finance adalah majalah atas talian dan bercetak Inggeris dengan liputan industri kewangan, perniagaan antarabangsa dan ekonomi global. Panel juri World Finance Awards memilih pemenang daripada semua calon yang telah diundi oleh pembaca majalah dan pemenang dipilih berdasarkan kriteria seperti perkhidmatan berkualiti tinggi, inovasi dan rekod prestasi yang terbukti yang mewakili penanda aras dalam industri perkhidmatan yang mereka kendalikan.