XM dan Loving Hands untuk Kanak-Kanak Uganda

Disiarkn di 13/05/2019 07:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Penglibatan secara langsung dalam kerja amal adalah tujuan utama Yayasan XM. Walaupun misi kemanusiaan kami melingkungi pelbagai aktiviti kebajikan, kami juga bergabung tenaga dengan yayasan yang membela kesejahteraan dan kebajikan orang yang dipinggirkan oleh masyarakat.

Berikutan lawatan anggota pasukan kami ke Uganda pada tahun 2017 untuk menghadiri perasmian blok sekolah Aristotle yang baru yang dibina oleh XM untuk kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Saint Antonios of Monde di Wobulenzi, pada tahun ini kami telah bekerjasama dengan organisasi kebajikan Loving Hands untuk membantu lebih banyak sekolah di negara Afrika.

Mengekalkan keyakinan bahawa mendidik minda dan mengajar nilai-nilai murni kepada kanak-kanak akan membentuk masa depan mereka dengan cara yang positif, XM berusaha untuk berganding bahu bersama Loving Hands yang berpusat di Uganda untuk menawarkan tajaan pendidikan kepada 20 orang kanak-kanak.

Memberikan bantuan kewangan untuk penambahbaikan kemudahan sekolah dan bahan-bahan pendidikan serta menyumbang kepada peningkatan pendidikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik adalah usaha murni yang akan dilakukan oleh Loving Hands dengan sumbangan daripada XM.

Jika anda merasakan bahawa misi amal ini dekat di hati anda dan anda ingin menyertai XM dalam melakukan perubahan kepada kehidupan anak-anak muda di Uganda, sila baca lebih lanjut mengenai Loving Hands di sini.