XM Menghadiri Cairo Investment Expo sebagai Penaja Berlian

Disiarkn di 02/11/2018 12:18 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 22-23 Oktober, XM telah mengambil bahagian dalam salah satu pameran kewangan terkemuka di Timur Tengah dan Afrika Utara iaitu Cairo Investment Expo, yang telah diadakan di ibu kota Mesir, Kaherah.

Dalam siri acara berprestij ini, di mana XM berbesar hati menjadi Penaja Berlian yang merupakan antara yang terbesar dalam kelasnya di Mesir dan dunia Arab telah membawa sebilangan besar peserta pameran termasuk bank komersial, firma broker forex, bank pelaburan dan syarikat sekuriti bersama-sama dengan pelawat seperti pedagang runcit.

Ribuan pelabur atas talian telah menghadiri acara dua hari ini dan ramai yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap perkhidmatan dan produk XM yang telah dipamerkan di gerai pameran rasmi syarikat di mana wakil XM menyambut mesra setiap pelawat yang hadir.

Dua hari sebelum kesibukan Cairo Investment Expo, pada 20 Oktober XM telah menganjurkan seminar dagangan forex di Hotel Hilton Ramses di Kaherah, di mana semua orang yang sangat berminat dengan penggunaan analisis teknikal dalam dagangan atas talian berpeluang untuk menghadiri acara pendidikan yang telah disampaikan oleh pengajar yang diiktiraf iaitu Habib Akiki yang merupakan Pakar Strategi Pasaran Tradepedia.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan baru dan sedia ada kami yang telah menyertai dalam seminar di Kaherah, serta kepada mereka yang yang memberikan penghormatan kepada kami dengan kehadiran mereka di Cairo Investment Expo, di mana kami sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada 22-23 Oktober.