XM Menghadiri Ekspo Kewangan dan Pelaburan Invest Cuffs 2019 di Krakow

Disiarkn di 11/04/2019 09:21 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 22 hingga 23 Mac, XM telah menghadiri Ekspo Kewangan dan Pelaburan Invest Cuffs 2019 yang berprestij di Krakow, Poland, sebagai salah satu peserta utama.

Ini merupakan kali kelima bagi XM dalam menyertai pameran kewangan peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Poland dan seperti beberapa tahun yang lalu, kami mempunyai peluang yang lebih daripada cukup untuk memperlihatkan perkhidmatan kami kepada pengunjung acara dan berhubung dengan bakal pelanggan secara langsung.

Sebagai antara yang terbesar dalam kelasnya di Eropah Tengah dan Eropah Timur, tahun ini Invest Cuffs mempunyai pengaruh yang besar kepada syarikat-syarikat kewangan utama dan para pelabur runcit dari rantau ini dan luar negara. Dianjurkan di Pusat Kongres ICE Krakow, Invest Cuffs menjadi tuan rumah kepada ratusan peserta pameran dan lebih daripada 2,000 pengunjung yang menghadiri siri acara dua hari ini untuk bertemu, membina rangkaian dan membincangkan isu-isu hangat dalam bidang kewangan dan pelaburan atas talian.

XM mengambil bahagian dalam pameran ini sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kewangan paling berpengaruh di Eropah yang komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya. Oleh itu, ia adalah satu penghargaan untuk bertemu dengan pengunjung pameran secara peribadi dan memperlihatkan mereka terhadap kepelbagaian perkhidmatan kami dan pendekatan mendahulukan pelanggan.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke acara berprestij ini.