XM Mengambil Bahagian dalam Pameran Dagangan Invest 2019 di Stuttgart

Disiarkn di 11/04/2019 11:51 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan April ini adalah kali keenam bagi XM mengambil bahagian dalam pameran kewangan yang dianjurkan di Jerman yang merupakan acara terkini Invest 2019 di Stuttgart.

Sebagai salah satu acara kewangan terkemuka di Eropah, Pameran Dagangan Invest dan Kongres Pelaburan dan Kewangan yang dinanti-nantikan ini telah diadakan di Messe Stuttgart pada 5-6 April, ianya satu kepuasan kepada ratusan para pedagang runcit dan peserta pameran.

XM mengambil bahagian dalam acara dua hari ini dengan tujuan untuk berhubung semula dengan sejumlah besar pelanggan sedia ada dan bertemu dengan para pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan suasana dagangan terkini yang disediakan oleh XM kepada para pelanggan serta kami memastikan pendekatan mesra pelanggan kepada semua orang yang memilih untuk berdagang di syarikat kami.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, ianya merupakan program yang kaya dengan persidangan berkaitan pelaburan, Invest menawarkan peluang rangkaian yang sangat baik untuk pengunjung dan peserta pameran bersama-sama maklumat berguna yang diberikan kepada pedagang runcit yang ingin mengetahui perkembangan terkini tentang berita pasaran. Pada 5 dan 6 April, penceramah utama persidangan XM, Gil Paz, Samir Boyardan dan Markus Gabel dinantikan oleh semua yang berminat dengan pembukaan penyampaian bersama mengenai isu-isu kewangan hangat yang mengubah landskap pasaran kewangan hari ini serta teknik-teknik pengurusan wang yang terbukti berguna kepada pelabur atas talian.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri siri acara ini dan menyatakan minat mereka terhadap XM serta kami berharap untuk kembali semula ke Jerman tidak lama lagi.