XM Mengambil Bahagian dalam Pameran Dagangan Investing Roma Itali

Disiarkn di 04/11/2019 12:11 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

XM telah mengambil bahagian dalam pameran kewangan yang dianjurkan di Itali beberapa kali pada tahun ini dan yang terbaru adalah Investing Roma, yang berlangsung pada 4 Oktober yang lalu.

Ini merupakan kali pertama XM menghadiri Investing Roma, yang telah mengalu-alukan kedatangan sejumlah besar peserta pameran dan pengunjung acara di premis Centro Congressi Roma dan kami sangat teruja untuk bertemu semula dengan para pelanggan kami secara peribadi serta memperkenalkan bakal pelanggan kami dengan rangkaian perkhidmatan syarikat kami.

Sebagai salah satu pameran dagangan terkenal di Itali, Investing Roma memenuhi keperluan pelabur individu yang mencari untuk berhubung dengan penganalisis pasaran, pakar kewangan dan pelabur atas talian yang sehaluan. Menyediakan platform yang menarik untuk pembekal perkhidmatan pelaburan dan pedagang individu untuk bertukar pendapat dan berinteraksi terhadap pelbagai aspek dunia kewangan hari ini, pameran ini juga menampilkan beberapa program pendidikan yang telah disampaikan oleh pakar pasaran Itali yang diiktiraf.

Sambutan pengunjung yang sangat positif terhadap kehadiran XM di Investing Roma memperkukuhkan kepercayaan kami sekali lagi dalam mengekalkan kualiti dan serba boleh dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami supaya dapat menampung matlamat pelaburan mereka.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang kami telah berpeluang untuk bertemu di Investing Roma secara peribadi atas minat tulus mereka terhadap XM.