6 Kelas Aset - 16 Platform Dagangan - Lebih 1000 Instrumen
Sejak beberapa tahun yang lalu, XM telah mengambil bahagian dalam pelbagai pameran dan acara yang berkaitan dengan kewangan yang dianjurkan di Itali dengan tujuan utama untuk berhubung semula dengan para pelanggan dan mempamerkan pelbagai perkhidmatan dan produk serba boleh kepada pelabur atas talian tempatan.
Pada 27 November, forum pelaburan dan dagangan ITForum yang berprestij yang dianjurkan setiap tahun telah membuka pintunya di Milan untuk menyediakan titik pertemuan kepada pembekal perkhidmatan kewangan dan pengunjung acara untuk bertemu dan berinteraksi.
Memandangkan ITForum mempunyai reputasi yang besar selama bertahun-tahun, edisi terbaru kali ini di Milan sekali lagi menawarkan peluang kepada para pelabur individu yang ingin berhubung semula dan membina rangkaian dengan peserta pameran.
Acara satu hari yang berlangsung di premis Palazzo Delle Stelline, menampilkan program yang menarik kepada penonton termasuk persidangan, perbincangan meja bulat dan bengkel. Selain itu, kepada semua yang telah menghadiri ITForum, mereka berpeluang untuk melawat gerai pameran rasmi XM dan mendapatkan lebih daripada sekadar gambaran mengenai apa yang ditawarkan oleh syarikat kami kepada pelanggan dari Itali.
Ia bukan sahaja satu keseronokan untuk kembali ke Milan tetapi juga untuk bertemu dengan ramai pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan secara empat mata. Lagi pun, pertemuan peribadi, interaksi dan bertukar idea adalah ciri-ciri yang kami nilaikan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi penghormatan dengan kehadiran dan minat telus mereka terhadap XM.
Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.
Dengan menekan butang "Masuk", anda bersetuju bahawa data peribadi yang diberikan melalui live chat akan diproses oleh Trading Point of Financial Instruments Limited, berdasarkan Dasar Privasi syarikat untuk memenuhi tujuan anda mendapatkan bantuan dari Jabatan Khidmat Pelanggan kami.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan di atas, anda juga boleh menghubungi kami melalui Ruang Keahlian atau emelkan kepada malay.support@xm.com.
Semua panggilan masuk dan keluar serta lain-lain komunikasi elektronik (termasuk mesej perbualan atau emel) di antara kami dan anda akan direkod dan disimpan untuk tujuan pemantauan kualiti, latihan dan pengawal seliaan.