XM Menghadiri Salon du Trading 2019 di Paris

Disiarkn di 07/10/2019 08:31 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Buat kali kedua pada tahun ini, XM telah menghadiri pameran dagangan antarabangsa di ibu kota Perancis khusus untuk pelaburan atas talian.

Pameran dagangan Salon du Trading edisi ke-14 yang berpangkalan di Paris ini telah diadakan pada 13 September dan merupakan acara tahunan yang wajib dihadiri oleh firma pelaburan dan pedagang runcit individu telah menarik perhatian sejumlah besar peserta pameran dan tetamu. Dianjurkan di premis Espace Champerret, pameran dagangan ini juga menganjurkan satu siri persidangan yang berkaitan dengan pelaburan dan sekaligus menampung keperluan beratus-ratus pelabur atas talian yang berminat untuk memperoleh pengetahuan mengenai teknik dagangan dan pengurusan risiko khusus.

Sebagai salah satu daripada peserta utama pameran, XM telah mengambil bahagian dalam Salon du Trading dengan tujuan untuk berhubung semula dengan semua rakan niaga dan pelanggan sedia ada dari rantau ini yang ingin bertemu dengan wakil syarikat kami secara peribadi serta mengalu-alukan kedatangan bakal pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian perkhidmatan XM.

Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk bertemu dengan pengunjung di gerai pameran XM secara peribadi kerana kami percaya bahawa komunikasi secara langsung adalah kunci utama bagaimana syarikat kami melayani pelanggan baru dan sedia ada. Dengan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung acara Salon du Trading di mana kami berpeluang untuk bertemu dan kami berharap untuk kembali semula ke Perancis tidak lama lagi.