XM Menghadiri ITForum Rimini 2019 Jun ini

Disiarkn di 13/05/2019 08:23 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 12 Jun, salah satu pameran kewangan terbesar Itali, ITForum Rimini 2019 membuka pintunya untuk siri acara dua hari di mana XM akan mengambil bahagian sebagai peserta pameran.

Sejak tahun 2013, ini adalah kali keempat bagi XM menyertai ITForum Rimini yang akan berlangsung di Ruang Legar A, Palacongressi di Rimini pada 12-13 Jun dan memenuhi apa yang dicari oleh pelabur runcit dengan pelbagai program seperti bengkel dan persidangan dagangan yang khusus dalam pelaburan atas talian.

Acara ini menjangkakan lebih daripada 100 peserta pameran dan beratus-ratus pelawat yang mempunyai keghairahan yang sama terhadap pelaburan atas talian dan menyertai ITForum Rimini untuk bertukar-tukar pendapat dan mengikuti perkembangan berita utama dunia kewangan.

Sebagai salah satu peserta utama pameran, XM akan hadir ke ITForum Rimini 2019 untuk menyambut kedatangan bakal pelanggan di gerai rasmi pameran syarikat di nombor 37-40 dan menerangkan kepada pengunjung acara perkhidmatan yang ditawarkan oleh XM kepada pedagang atas talian Itali serta berhubung semula dengan pelanggan sedia ada yang berhasrat untuk bertemu dengan wakil syarikat kami di sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila klik sini.