XM Menghadiri Investing Roma di Itali Oktober Ini

Disiarkn di 03/09/2019 07:28 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Setelah menghadiri lebih daripada 30 pameran kewangan di seluruh Eropah untuk bertemu dengan pelanggan baru dan sedia ada secara empat mata, pada bulan Oktober ini XM kembali ke kota metropolitan tersibuk di Itali, iatu Rom untuk mengambil bahagian dalam Investing Roma pada 4 Oktober.

Pameran kewangan Investing Roma akan berlangsung di Centro Congressi Roma, Piazza della Pilotta 4 di ibu kota Itali, Rom yang terkenal sebagai salah satu tumpuan utama dalam rangkaian ekonomi global. XM akan menghadiri acara akan datang sebagai salah satu firma broker terbesar yang telah memberi perkhidmatan kepada pelabur atas talian dari Itali dengan pelbagai perkhidmatan selama bertahun-tahun dengan harapan untuk berhubung semula dengan pelanggan sedia ada dan mengalu-alukan pengunjung acara di gerai rasmi pameran syarikat kami.

Wakil syarikat XM berharap untuk bertemu dengan semua orang secara peribadi yang sudi untuk hadir ke gerai XM di nombor 5, serta bertukar-tukar maklumat mengenai topik berkaitan pelaburan dengan pedagang runcit yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan syarikat kami.

Investing Roma bukan sahaja menawarkan pelbagai program kepada pengunjung acara yang ingin mengikuti perkembangan keseluruhan landskap kewangan di abad ke-21, tetapi ia juga membuka pintu untuk pembekal perkhidmatan kewangan dan pelabur individu untuk menjalinkan rangkaian dan lebih dekat antara satu sama lain semasa majlis yang meriah ini. Di kesempatan yang akan datang, kami tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan semua orang yang ingin menerima maklumat langsung tentang persekitaran dagangan dan pelbagai pilihan pelaburan yang ditawarkan XM kepada pedagang atas talian Itali.

Hadir dan bertemu kami di Rom pada 4 Oktober, kami berbesar hati untuk bertemu dengan anda! Untuk butiran lanjut mengenai acara ini, sila klik sini.