XM Menghadiri Salon du Trading di Paris Musim Luruh Ini

Disiarkn di 12/08/2019 07:57 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada musim luruh ini, pameran perdagangan antarabangsa Salon du Trading di Paris membuka pintunya sekali lagi kepada peserta pameran dan pengunjung pada 13 September.

Pameran perdagangan yang dianjurkan secara tahunan ini akan diadakan di ibu kota Perancis untuk kali ke-14, menyediakan landasan kepada pelabur individu dan firma perkhidmatan kewangan untuk bertemu dan bertukar maklumat mengenai topik berkaitan pelaburan.

XM akan menghadiri Salon du Trading sebagai salah satu firma broker terbesar dan juga yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan dari Perancis selama beberapa tahun berturut-turut. Wakil rasmi syarikat kami berharap untuk berhubung semula dengan pelanggan sedia ada XM, yang telah memberi penghormatan kepada kami dengan kehadiran mereka serta mengalu-alukan kedatangan pelanggan baru yang berhasrat ingin mengetahui tentang produk dan perkhidmatan kewangan kami di gerai rasmi XM bernombor D6.

Temui kami di Paris pada 13 September, kami sangat berbesar hati untuk berbincang dengan anda secara peribadi! Untuk butiran lebih lanjut mengenai acara ini, sila klik sini.