XM Menghadiri Pameran World of Trading untuk Kali Ketiga

Disiarkn di 04/12/2018 13:39 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Untuk kali ketiga, XM berbangga menghadiri pameran kewangan tahunan World of Trading di Frankfurt, Jerman yang telah diadakan pada 23 dan 24 November yang lalu.

Siri acara dua hari ini telah dilangsungkan di Forum Messe Frankfurt dengan penyertaan pelbagai institusi kewangan dan perbankan dari Eropah dan luar negara telah menarik beratus-ratus pengunjung yang berminat untuk mengetahui perkembangan dan perubahan terkini dalam dunia perdagangan atas talian dan mengambil tahu tentang apa yang ditawarkan oleh industri.

Sebagai salah satu pameran kewangan yang paling dinanti-nantikan di Jerman, World of Trading adalah satu peluang keemasan untuk peserta pameran memanfaatkan bagu membina rangkaian langsung, bertukar-tukar idea dan yang paling penting untuk bertemu dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada.

XM menghadiri pameran kewangan dengan matlamat utama untuk bertukar-tukar idea dengan pengunjung secara peribadi serta mempamerkan perkhidmatan syarikat kepada mereka yang berminat untuk memulakan dagangan di XM. Wakil syarikat kami yang berada di pameran bagi pihak XM juga gembira mengalu-alukan semua yang melawat ke gerai pameran rasmi XM dengan memperkenalkan pelbagai produk yang khususnya dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dari Jerman. Kami dengan senang hati memperkenalkan pelbagai jenis produk kami kepada para pengunjung bermula dengan beberapa saham individu Jerman hingga ke siri webinar intensif secara langsung di forex dan dagangan saham.

Kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung yang kami telah berjumpa yang berminat terhadap XM.