XM Membawakan Pendidikan Forex Percuma ke Manila dan Cagayan de Oro

Disiarkn di 18/03/2019 13:52 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Tidak lama selepas seminar dagangan forex tahun lepas yang disediakan untuk para pedagang di seluruh Filipina, pada tahun 2019, XM telah memulakan siri seminar pendidikan untuk pedagang Filipina di mana dua destinasi pertama adalah Manila pada 23 Februari dan Cagayan de Oro pada 9 Mac.

Di Manila dan Cagayan de Oro, Jonathan Lou Reyes, Ketua Pengajar untuk Filipina, telah memikat hati sebahagian besar peserta yang merupakan pelabur atas talian baru dan berpengalaman dengan mengajarkan mereka tentang penggunaan pelbagai strategi yang kukuh untuk digunakan dalam dagangan swing.

Garis panduan praktikal dan tips dagangan yang berguna daripada Jonathan Lou Reyes bertujuan untuk memperlihatkan kepada pedagang bagaimana untuk menggunakan analisis teknikal dalam amalan dagangan mereka dengan betul serta bagaimana mahu merancang dan melaksanakan dagangan dengan teknik pengurusan risiko.

Semasa seminar berlangsung, masa telah dihabiskan untuk membawa peserta seminar ke dalam penggunaan secara praktikal beberapa alatan dagangan daripada Tradepedia yang direka untuk membantu pelabur atas talian mengenal pasti trend dan merancang titik entri dan keluar dengan lebih tepat.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan baru dan sedia ada XM yang telah menyertai seminar kami di bandar yang kami telah kunjungi. Dengan ini kami juga berbesar hati ingin menjemput anda yang berhasrat untuk menghadiri seminar kami yang seterusnya di bandar-bandar Filipina yang lain.

Untuk mendaftar dan menghadiri seminar bertajuk Teknik Dagangan Forex Avramis Swing secara percuma, sila klik sini.