Sumbangan Amal XM Berikutan Gempa Bumi Di Lombok

Disiarkn di 07/09/2018 12:33 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

XM sangat mementingkan tanggungjawab sosial korporat dengan memberikan bantuan kepada individu dan masyarakat yang memerlukan dengan penuh dedikasi dan berterusan.

Pulau Lombok, Indonesia telah dilanda oleh gempa bumi yang dasyat berukuran lebih daripada 6.9 magnitud pada 5 Ogos 2018 menyaksikan satu daripada siri bencana alam di pulau-pulau yang terletak di antara Lautan Hindi dan Pasifik.

Campur tangan XM dalam mengurangkan keperitan dan kebimbangan mangsa-mangsa gempa bumi dilaksanakan dengan bergabung tenaga bersama ACT (Fast Action Response), sebuah yayasan di Indonesia yang terlibat dengan aktiviti kemanusian dan sosial di seluruh dunia yang dibiayai oleh penderma.

Sebilangan besar penduduk tempatan terbunuh dalam gempa bumi tersebut dan beribu-ribu orang cedera yang menyebabkan Lombok hampir musnah disebabkan musibah yang melanda.

Dalam usaha untuk menyumbang secara positif dan meringankan beban insan-insan yang memerlukan, wakil syarikat XM menyalurkan bantuan seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian kepada penduduk Lombok dan ahli keluarga.