Program Amal XM – Membantu Kanak-Kanak Yang Memerlukan

Disiarkn di 11/04/2018 06:56 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 3hb April, XM telah menjalankan satu program amal dengan kerjasama Foundation for Slum Child Care di Bangkok, Thailand, untuk menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik buat kanak-kanak yang memerlukan.

Memandangkan tujuan Yayasan XM adalah untuk memberi impak positif kepada kehidupan individu, salah satu gerakan kemanusiaan terpenting yang dilakukan adalah membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Program yang telah diadakan di Bangkok pada 3 April lalu berjaya memenuhi tujuan ini. Ini merupakan kali kedua XM bekerjasama dengan Foundation for Slum Child Care di Bangkok yang mempunyai tujuan utama dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak terbiar dan juga membantu kanak-kanak miskin yang masih di bawah umur. XM dengan sukarela menyumbang kepada niat murni yang dibawa oleh yayasan Thai ini.

Sepanjang program amal selama satu hari tersebut, XM telah memberi sumbangan kewangan kepada Foundation for Slum Child Care untuk membantu kanak-kanak yang kekurangan keperluan asas untuk kehidupan yang sihat disamping menyumbangkan pakaian, buku dan mainan kepada yayasan untuk meringankan beban kemiskinan yang melanda kanak-kanak ini.

Program amal ini merupakan satu lagi bukti bagaimana XM menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mendekati mereka yang lahir dalam keadaan kekurangan, menyumbang kepada kebajikan mereka dan memberi harapan kepada mereka untuk masa depan yang lebih cerah.