Inisiatif Amal XM di Makati, Filipina

Disiarkn di 02/10/2018 07:06 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada awal musim luruh ini, XM memulakan inisiatif amal di Filipina secara proaktif menyumbang kepada kesejahteraan orang-orang yang bergelut dengan keupayaan diri.

Dengan kerjasama KAISAKA, satu komuniti program pemulihan untuk meringankan beban insan-insan serba kekurangan, pada 21 September XM telah melawat ke komuniti miskin yang tinggal di bandar Makati iaitu salah satu wilayah di Metro Manila, Filipina untuk memberi sumbangan kepada orang yang kurang upaya dan keluarga mereka.

Sejak dari mula, matlamat program kemanunsiaan XM adalah memperjuangkan hak kepada insan-insan yang memerlukan dan menyumbang kepada perpaduan terhadap masyarakat dengan rasa penuh tanggungjawab. Inisiatif amal terbaru di Makati mencerminkan misi ini kerana ia bertujuan memberi bantuan kepada individu yang bergelut dengan hilang keupayaan diri dan membantu melakukan sedikit perubahan untuk kehidupan masa depan mereka.

Semasa acara amal pada 21 September, wakil syarikat kami telah bertemu dengan wakil masyarakat setempat dan memberi sumbangan berbentuk bekalan makanan, peralatan persekolahan, pakaian, ubat-ubatan termasuk kerusi roda kepada hampir 60 kanak-kanak yang menderita dengan kecacatan yang serius.

Visi XM untuk membantu insan-insan yang memerlukan sebanyak yang mungkin kini menjadi kenyataan. Kami sangat gembira dapat membantu dan inisiatif kami adalah lebih bermakna dengan senyuman yang terukir di wajah kanak-kanak dan keluarga mereka di Makati. Keyakinan kami untuk menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan dan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup kehidupan insan-insan yang dipinggir dalam masyarakat akan sentiasa kukuh.